Images
  • iran iraq quake
    Orang ramai berkumpul di sebuah bangunan runtuh setelah gempa bumi melanda sempadan Iraq dengan Iran. (Gambar: SHWAN MOHAMMED/AFP)

Gempa Iran: Angka korban naik kepada 450 orang, lagi 7,000 cedera

ANKARA: Pemerintah Iran mengisytiharkan hari ini (14 Nov) sebagai hari berkabung bagi memperingati mangsa gempa bumi 7.3 Rikter yang melanda 14 wilayah di Iran, Ahad lalu (12 Nov).

Sejauh ini, sekurang-kurangnya 450 orang terkorban dan 7,000 yang lain cedera.

Menurut pihak berkuasa, operasi mencari dihentikan memandangkan harapan tipis bagi mengesan sebarang mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan bangunan.

Tumpuan kini beralih kepada usaha bantuan dan pemulihan pula.

Ekoran daripada gempa bumi itu, banyak kampung yang musnah dan beberapa tugu sejarah rosak.

Ribuan penduduk terpaksa bersempit di kem-kem sementara manakala ramai lagi berada di kawasan terbuka kerana bimbang akan gegaran susulan.

Sejauh ini lebih 193 gegaran susulan sudahpun dicatatkan. 

- CNA/NU/sm

Komen Anda?

Top