Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Gempa dahsyat di Myanmar rosakkan kuil Bagan yang terkenal

Satu gempa bumi sekuat 6.8 pada skala Richter melanda bahagian tengah Myanmar mengorbankan sekurang-kurangnya tiga orang dan merosakkan hampir 200 pagoda di kota purba Bagan, menurut para pegawai.

Anggaran Waktu Membaca:
Gempa dahsyat di Myanmar rosakkan kuil Bagan yang terkenal

Sebuah kuil purba di Bagan. (SOE MOE AUNG/AFP)

Diterbitkan : 25 Aug 2016 02:39PM Dikemas Kini : 25 Aug 2016 02:43PM

YANGON: Satu gempa bumi sekuat 6.8 pada skala Richter melanda bahagian tengah Myanmar pada Rabu (24 Ogos), mengorbankan sekurang-kurangnya tiga orang dan merosakkan hampir 200 pagoda di kota purba Bagan, menurut para pegawai.

Gempa bumi itu, yang menurut Jabatan Geologi Amerika Syarikat, melanda sedalam 84 kilometer turut dirasakan di negara-negara jiran seperti Thailand, India dan Bangladesh, menyebabkan ramai penduduk lari bertempiaran.

Dua kanak-kanak peremupuan yang berusia tujuh dan 15 tahun terbunuh di kawasan Magway di mana gempa itu berlaku, menurut Kementerian Penerangan Myanmar.

Sebuah bangunan yang runtuh di bandar berdekatan mengorbankan seorang lelaki 22 tahun dan mencederakan seorang wanita, polis tempatan memberitahu AFP.

Kerosakan besar juga dilaporkan di Bagan - tapak arkeologi terkenal di Myanmar dan destinasi utama pelancong yang terletak 30 kilometer dari bahagian utara pusat gempa tersebut.

Sekitar 171 daripada lebih 2,500 monumen agama Buddha rosak dek gegaran itu, menurut satu kenyataan Kementerian Ehwal Agama dan Budaya Myanmar di laman Facebook.

"Ada yang rosak teruk," Aung Kyaw, pengarah tempatan jabatan budaya Bagan memberitahu AFP.

Gambar-gambar menunjukkan kepulan asap habuk menyelubungi kuil-kuil besar tapak itu, dengan batu bata runtuh daripada bahagian depan bangunan itu.

Menurut seorang pegawai polis dari Bagan,seorang pengunjung Sepanyol cedera ringan apabila gempa itu menyebabkannya terjatuh dari sebuah kuil ketika beliau sedang menyaksikan matahari terbenam.

Kuil-kuil tersebut, yang dibina antara kurun ke-10 dengan ke-14, disanjung tinggi di negara yang majoriti penduduknya adalah penganut agama Buddha dan ia juga merupakan satu daya tarikan bagi industri pelancongan yang semakin berkembang pesat di negara tersebut.

Myanmar yang membuka pintunya kepada para pelancong asing sejak bebas dari pemerintahan tentera pada 2011, tidak sabar untuk melihat kota purba itu disenaraikan sebagai tapak warisan dunia UNESCO.

Sumber : AFP/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan