Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Gempa bumi 2.9 Richter di tapak ujian nuklear Korea Utara

Gempa bumi kecil berukuran 2.9 Rikter menggegarkan kawasan berhampiran tapak ujian nuklear Korea Utara pada dini hari ini (13 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Gempa bumi 2.9 Richter di tapak ujian nuklear Korea Utara

Bendera Korea Utara. (Gambar fail: Reuters)

Diterbitkan : 13 Oct 2017 03:21PM Dikemas Kini : 13 Oct 2017 05:20PM

SEOUL: Gempa bumi kecil berukuran 2.9 Rikter menggegarkan kawasan berhampiran tapak ujian nuklear Korea Utara pada dini hari ini (13 Okt).

Insiden itu adalah perkembangan terbaru di Korea Utara, selepas Pyongyang menjalankan ujian nuklear keenam dan terbesarnya, awal September lalu.

Namun para pakar Korea Selatan menyatakan, ia seolah-olah bukan buatan manusia.

Gempa bumi hari ini berlaku pada 1.41 pagi (12.41 pagi masa Singapura) pada kedalaman 5km dan berpusat di utara tapak ujian Punggye-Ri, menurut Tinjauan Geologi Amerika Syarikat.

"Kejadian ini berlaku di kawasan tapak ujian nuklear Korea Utara sebelum ini. Bagaimanapun, kami tidak boleh mengesahkan sebab sebenar gegaran tersebut", menurut agensi Amerika Syarikat itu.

Namun, Pentadbiran Meteorologi Korea di Korea Selatan menyatakan dalam laman webnya bahawa "analisis menunjukkan gempa bumi itu satu kejadian semula jadi."  

Sumber : AFP/ZZ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan