Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Gempa 6.5 Richter melanda Sumatera, gegaran dirasai di S'pura

Satu gempa bumi yang melanda bahagian barat wilayah Aceh pada Disember 2016, meragut nyawa lebih 100 orang, mencederakan ramai lagi orang dan menyebabkan beribu-ribu orang kehilangan tempat tinggal.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 13 Aug 2017 04:37PM Dikemas Kini : 13 Aug 2017 09:22PM

SINGAPURA: Gempa sekuat 6.5 Richter melanda bahagian barat Sumatera, Indonesia, hari ini (13 Ogos), menurut Jabatan Kaji Cuaca Amerika Syarikat (USGS).

Tiada korban jiwa atau kerosakan dilaporkan sejauh ini akibat gempa yang berlaku pada kedalaman 67km kira-kira 81km dari barat bandar Bengkulu.

"Gempa itu agak kuat dan tidak dalam, ia dapat dirasai di Padang, Sumatera Barat tetapi tiada ancaman tsunami," kata seorang pegawai agensi meteorologi dan geofizik Indonesia Mochammad Riyadi kepada AFP.

Beliau menambah bahawa para pegawai sedang memeriksa jika terdapat korban jiwa atau kerosakan.

GEGARAN DIRASAI DI S'PURA

Mediacorp menerima panggilan daripada para penduduk di Toa Payoh dan Farrer Road yang memberitahu bahawa mereka merasakan gegaran di kawasan perumahan mereka.

"Gegaran dirasai di Lor 1 Toa Payoh sekitar 11.10 pagi," kata Andrew Tan selepas menghubungi Mediacorp melalui WhatsApp.

Sebilangan penduduk juga menulis di Twitter jika gegaran yang dirasai adalah akibat gempa yang melanda rantau ini.

Seorang pengguna Twitter Pieterldenburg memuat naik video lampu siling rumahnya bergoyang.

Satu gempa bumi yang melanda bahagian barat wilayah Aceh pada Disember 2016, meragut nyawa lebih 100 orang, mencederakan ramai lagi orang dan menyebabkan beribu-ribu orang kehilangan tempat tinggal.

Sumber : Reuters/RU/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan