Gempa 6.0 magnitud landa perairan Kepulauan Solomon
Gempa sekuat 6.0 magnitud melanda dekat perairan Kepulauan Solomon pada awal pagi Isnin (20 Mac), menurut Jabatan Geologi Amerika Syarikat (USGS).
HONG KONG: Gempa sekuat 6.0 magnitud melanda dekat perairan Kepulauan Solomon pada awal pagi Isnin (20 Mac), menurut Jabatan Geologi Amerika Syarikat (USGS).
Gempa itu menggegarkan kawasan tersebut pada 2.43 pagi waktu tempatan (11.43 malam waktu Singapura) pada kedalaman 4.0 kilometer, sekitar 170 kilometer dari ibu kota Honiara, menurut USGS.
Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Kepulauan Solomon adalah sebahagian daripada "Lingkaran Api" Pasifik, yang kerap dilanda gempa bumi dan ledakan gunung berapi.
Pada 2007, gempa sekuat 8.0 pada skala Rikter meragut 52 nyawa dan menyebabkan beribu-ribu orang kehilangan tempat tinggal apabila ia mencetuskan ombak tsunami setinggi 10 meter di Kepulauan Solomon.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.