Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Gara-gara tidak puas hati dengan 'harga' langgan seks, lelaki Thai ditikam

Seorang lelaki warga Thailand cedera parah selepas ditikam dalam kejadian di bilik sebuah hotel terkenal di pusat bandar Pulau Pinang.

Anggaran Waktu Membaca:
Gara-gara tidak puas hati dengan 'harga' langgan seks, lelaki Thai ditikam

Gambar hiasan.

Diterbitkan : 20 May 2017 01:16AM Dikemas Kini : 20 May 2017 01:19AM

PULAU PINANG: Seorang lelaki warga Thailand cedera parah selepas ditikam dalam kejadian di bilik sebuah hotel terkenal di pusat bandar Pulau Pinang.

Menurut laporan Utusan Malaysia, dalam kejadian kira-kira pukul 11.20 malam Khamis (18 Mei), mangsa yang berusia 28 tahun itu dipercayai datang ke negara tersebut sebagai pelancong dan menawarkan khidmat seks melalui aplikasi WeChat.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Penolong Pesuruhjaya Anuar Omar berkata, mangsa dan suspek seorang lelaki Cina tempatan bersetuju untuk bertemu dalam bilik hotel mangsa.

Katanya, seperti ditukil Utusan Malaysia, selepas mengadakan rundingan, suspek yang tidak berpuas hati dengan 'harga' yang dikenakan bertindak menikam mangsa dan melarikan diri.

“Sebelum itu berlaku pergelutan membabitkan kedua-duanya dan mangsa mengalami kecederaan pada bahagian perut kiri, belakang badan, tangan, peha dan muka,” katanya.

Beliau memberitahu berdasarkan siasatan awal, mangsa yang berasal dari Phuket masuk ke negara tersebut sebagai pelancong pada 15 Mei lalu dan dijangka pulang dalam masa terdekat.

Dalam petikan laporan Utusan Malaysia, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Sumber : Agensi berita/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan