Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Gara-gara terlalu cinta: Lelaki yang digigit ular, gigit pula tangan isteri untuk mati bersama

Gara-gara mahu sehidup semati, seorang lelaki yang digigit ular beracun segera menggigit isterinya kerana menyangka dirinya tidak akan selamat.

Anggaran Waktu Membaca:
Gara-gara terlalu cinta: Lelaki yang digigit ular, gigit pula tangan isteri untuk mati bersama

Gambar hiasan ular sawa. (Gambar hiasan: Joe Raedle/AFP)

Diterbitkan : 18 Jun 2017 10:11PM Dikemas Kini : 18 Jun 2017 10:12PM

INDIA: Gara-gara mahu sehidup semati, seorang lelaki yang digigit ular beracun segera menggigit isterinya kerana menyangka dirinya tidak akan selamat.

Shankar Rai, dari Kampung Birsingpur, Bihar India digigit ular tersebut ketika sedang tidur. Namun selepas bangun dari tidur beliau berasa dirinya akan mati maka beliau bergegas mencari isterinya, Amiri Devi, lalu menggigit pergelangan tangannya.

Encik Rai turut mengatakan, beliau mencintai isterinya dan ingin mengajaknya mati bersama.

Kedua-duanya kemudian tidak sedarkan diri dan dikejarkan ke sebuah hospital. Cik Devi berjaya diselamatkan manakala Encik Rai meninggal dunia, lapor laman India Express pada Selasa (13 Jun).

“Wanita itu berhasil diselamatkan disebabkan rawatan diberikan tepat pada waktunya. Beliau selamat sekarang,” kata Dr Jaykant, seperti yang dipetik oleh laman Gulf News.

Menurut Cik Devi, suaminya menggigit pergelangan tangannya semata-mata kerana mahu mereka mati bersama.

“Beliau memberitahu saya, beliau terlalu mencintai saya dan ingin mati bersama sebelum menarik pergelangan tangan saya dan menggigitnya. Saya membiarkan saja beliau melakukan sedemikian,” kata Cik Devi kepada pihak media. 

Sumber : Agensi berita/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan