Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Gadis hamil dakwa dirogol bapa, datuk, 2 pakcik selama 6 tahun

Polis Malaysia menahan empat lelaki selepas menerima aduan mengenai seorang gadis berumur 19 tahun yang mendakwa dirogol oleh datuk, bapa kandung, dan dua bapa saudaranya sejak berumur 13 tahun.

Anggaran Waktu Membaca:
Gadis hamil dakwa dirogol bapa, datuk, 2 pakcik selama 6 tahun

(Gambar hiasan: Merdeka.com/Shutterstock)

Diterbitkan : 11 Aug 2017 11:24PM Dikemas Kini : 11 Aug 2017 11:38PM

KUCHING: Polis Malaysia menahan empat lelaki selepas menerima aduan mengenai seorang gadis berumur 19 tahun yang mendakwa dirogol oleh datuk, bapa kandung, dan dua bapa saudaranya sejak berumur 13 tahun.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Datuk Dev Kumar berkata polis pada mulanya menerima aduan daripada Hospital Serian mengenai seorang gadis mengandung yang dirujuk ke hospital untuk pemeriksaan pada kira-kira pukul 2.30 petang.

Beliau berkata hasil temu bual awal, gadis itu mendedahkan bahawa dia dirogol oleh empat orang lelaki iaitu bapa, datuk dan dua bapa saudara sejak dia berumur 13 tahun, manakala adiknya yang kini berumur 14 tahun turut menjadi mangsa mereka.

"Wanita itu juga mendedahkan bahawa adiknya turut dirogol sejak berumur sembilan tahun. Kesemua insiden ini dikatakan berlaku di rumah mereka di Kampung Daha Seroban, Serian," katanya dalam satu kenyataan malam ini (11 Ogos).

Menurutnya susulan siasatan awal, polis menahan empat suspek berumur antara 26 dan 57 tahun di Kampung Daha Seroban, Serian pada kira-kira pukul 3.30 petang.

Encik Dev berkata suspek yang merupakan bapa kandung, datuk dan bapa saudara gadis itu tinggal serumah dan semua mereka bekerja sebagai petani.

Gadis dan adiknya itu tidak bersekolah.

“Kes disiasat di bawah seksyen 376B, iaitu sumbang mahram. Kesemua empat suspek dijangka dibawa ke Mahkamah Majistret Serian pagi esok untuk permohonan reman," katanya.

LAPORAN LAIN: 

Sumber : Bernama/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan