Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Fuyoo! 12.4 cm - Ini bulu mata paling panjang di dunia!

Wanita bernama You Jianxia ini nampaknya tidak memerlukan maskara memandangkan bulu mata beliau sememangnya panjang.

Anggaran Waktu Membaca:
Fuyoo! 12.4 cm - Ini bulu mata paling panjang di dunia!

You Jianxia miliki bulu mata terpanjang di dunia. (Gambar: Rekod Dunia Guinness)

Diterbitkan : 22 Sep 2017 08:41PM Dikemas Kini : 22 Sep 2017 08:43PM

BERITAMediacorp: Bulu mata yang panjang dan lentik boleh disifatkan sebagai 'big deal' apabila kaum hawa bercakap tentang kecantikan.

Rata-rata bulu mata manusia panjangnya antara 0.8 dengan 1.2 sentimeter, menurut laman Merdeka, dan lazimnya disikat dengan maskara untuk menampakkan kesan bulu mata yang lebih panjang.

Namun, wanita bernama You Jianxia ini nampaknya tidak memerlukan maskara memandangkan bulu mata beliau sememangnya panjang. Malah jauh lebih panjang daripada biasa - iaitu 12.4 sentimeter!

BULU MATA CECAH BAWAH MULUT

Maka tidak hairanlah apabila namanya dimasukkan ke dalam Rekod Dunia Guinness.

Memetik laporan laman Oddity Central, You Jianxia berasal dari Shanghai, China.

Wanita berusia 49 tahun itu dinobatkan sebagai pemilik bulu mata paling panjang di dunia, sehingga mencecah ke bawah paras mulut.

Cik You memberitahu laman Oddity Central, bulu matanya itu bukan panjang sejak lahir.

Ia mula tumbuh dengan cepat sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan Cik You yakin ia disebabkan dirinya sentiasa dekat dengan alam sekitar.

"BULU MATA PANJANG SATU KEINDAHAN"

Beliau yang pernah menyandang jawatan sebagai pengarah di sebuah syarikat kewangan memilih untuk berhenti kerja dan mengabdikan diri kepada alam sekitar dengan berkebun.

Mengulas mengenai pengiktirafan yang diterima dari Rekod Dunia Guinness itu, Cik You berkata beliau bangga dengan bulu mata yang dimiliki dan berniat untuk terus menjaganya dengan baik.

"Bulu mata panjang adalah satu keindahan, ia melambangkan kesihatan dan umur panjang," Cik You memberitahu media China.

"Ia adalah sebahagian daripada tubuh saya dan saya selalu menjaganya, membasuh wajah saya dengan lembut agar tidak merusaknya secara tidak sengaja."  

Sumber : Agensi berita/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan