Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Firma Singapura intai peluang niaga dalam industri kereta Czech

Syarikat-syarikat pengilangan dari Singapura sedang meneroka peluang-peluang di bahagian tengah dan timur Eropah.

Anggaran Waktu Membaca:
Firma Singapura intai peluang niaga dalam industri kereta Czech

Presiden Tony Tan mengunjungi kilang Interplex Holdings, di Republik Czech. (Gambar: Nicole Tan)

Diterbitkan : 27 May 2017 11:05AM Dikemas Kini : 27 May 2017 02:26PM

SINGAPURA: Syarikat-syarikat pengilangan dari Singapura sedang meneroka peluang-peluang di bahagian tengah dan timur Eropah, terutama sekali dalam sektor-sektor kereta dan aeroangkasa yang menjadi jentera pertumbuhan kukuh ekonomi di sana.

Para wakil daripada 17 syarikat Singapura yang diterajui IE Singapore dan Persekutuan Perniagaan Singapura (SBF) menamatkan misi perniagaan ke Poland dan Republik Czech, selama seminggu. Ini sempena lawatan negara ke beberapa negara di benua itu oleh Presiden Tony Tan Keng Yam.

Hampir separuh para wakil tersebut adalah dari industri pengilangan.

Semasa lawatan ke Republik Czech, Presiden Tony Tan mengunjungi Interplex Holdings, sebuah firma kejuruteraan jitu yang berpangkalan di Singapura dengan rangkaian lebih 40 loji pengilangan di 13 negara merata dunia yang menggajikan sekitar 12,000 pekerja.

Interplex Precision Engineering Republik Czech ditubuhkan di Pisek, sebuah bandar di daerah South Bohemian, pada tahun 2000.

Kini, ia mempunyai 550 pekerja di kilang itu, dengan sekitar 10 daripadanya adalah rakyat Singapura.

Menurut data agensi pembangunan perniagaan dan pelaburan Republik Czech, Czech invest, industri kereta adalah pemacu utama ekonomi Czech, menyumbang lebih 20 peratus kepada hasil pengilangan kilang dan eksport.

Perangkaan terbaru daripada Persatuan Industri Kereta SAP Republik Czech menunjukkan bahawa pengilangan dan eksport kereta tumbuh hampir 11 peratus dalam tempoh suku pertama tahun ini berbanding tempoh yang sama setahun lalu.

Bagi mengukuhkan hubungan ekonomi antara kedua-dua negara, beberapa kerjasama baru dimeterai antara IE Singapore dengan Agensi Penggalakan Perdagangan Czech, SBF dan Persekutuan Industri Republik Czech. 

Sumber : CNA/hs
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan