Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Filipina bakal bina kemudahan di pulau Laut China Selatan

Pulau Pagasa terletak hanya beberapa kilometer dari Terumbu Subi, satu daripada tujuh pulau buatan manusia yang dibina China.

Anggaran Waktu Membaca:
Filipina bakal bina kemudahan di pulau Laut China Selatan

Gambar hiasan kapal-kapal di sebuah pulau di Laut China Selatan. (Gambar fail: United States Navy)

Diterbitkan : 21 Apr 2017 04:00PM Dikemas Kini : 21 Apr 2017 04:01PM

FILIPINA: Filipina akan membina kemudahan-kemudahan di salah sebuah pulau dalam Kepulauan Spratly di Laut China Selatan yang juga dituntut China.

Setiausaha Pertahanan Filipina Delfin Lorenzana berkata demikian semasa melawat pulau Pagasa itu yang juga dikenali sebagai Thitu, pagi tadi (21 Apr).

Semasa lawatan itu Encik Lorenzana yang diiringi para pegawai kanan tentera, melihat keadaan kehidupan kira-kira 40 rakyat Filipina di pulau itu.

Encik Lorenzana juga mengulangi rancangan pemerintah Filipina hendak menjadikan pulau itu sebagai sebuah tempat penyelidikan marin dan daya tarikan pelancong.

Namun Encik Lorenzana berkata pemerintah menangguhkan rancangannya hendak mengibarkan bendera Filipina di beberapa pulau di Laut China Selatan yang menjadi rebutan dengan negara lain.

Pulau Pagasa terletak hanya beberapa kilometer dari Terumbu Subi, satu daripada tujuh pulau buatan manusia yang dibina China.

Sumber : BERITA Mediacorp/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan