Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Filem terbaru Bruce Lee bakal dibuat di Pulau Pinang 3 bulan lagi

Sebuah syarikat Amerika Syarikat-China akan menerbitkan filem baharu mengenai legenda seni bela diri dan bintang filem terkenal, Bruce Lee.

Anggaran Waktu Membaca:
Filem terbaru Bruce Lee bakal dibuat di Pulau Pinang 3 bulan lagi

Bintang Bruce Lee di Hollywood. (Gambar: AFP Mike NELSON)

Diterbitkan : 09 Aug 2017 09:08PM Dikemas Kini : 09 Aug 2017 10:13PM

GEORGE TOWN: Sebuah syarikat Amerika Syarikat-China akan menerbitkan filem baharu mengenai legenda seni bela diri dan bintang filem terkenal, Bruce Lee.

Anak perempuan pelakon handalan itu, Shannon Lee, yang menjadi penerbit bersama filem berkenaan, berkata penggambaran filem berjudul 'Little Dragon' itu akan dibuat di Pulau Pinang dalam masa tiga bulan lagi.

"Saya sungguh teruja untuk menghasilkan filem tentang bapa saya di Pulau Pinang ini. Filem ini adalah mengenai kehidupan bapa saya ketika dia membesar di Hong Kong dan sebab itulah kami cuba mewujudkan kembali suasana di Hong Kong pada tahun 1950-an.

"Banyak bangunan dan perkara yang terdapat di Pulau Pinang menepati kehendak filem ini. Kru penerbitan kami sudah berada di sini sejak beberapa minggu lepas dan kami tidak sabar untuk meneruskan kerja bagi filem ini,” katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan perjumpaan dengan Ketua Menteri Lim Guan Eng di sini hari ini.

Shannon berkata filem itu akan turut berkisar tentang kehidupan Bruce Lee sebagai remaja, penari cha cha dan pengaruhnya.

Sementara itu, penerbit bersama filem berkenaan, Tim Kwok, berkata selain Pulau Pinang, Pinewood Iskandar Studios di Johor Bharu dan Guangzhou, China,  juga dipilih sebagai lokasi penggambaran.

Hampir 5,000 orang katanya, menghadiri sesi uji bakat untuk watak Bruce Lee semasa muda dan empat calon disenaraipendekkan.

Menurut Kwok, penggambaran bagi filem itu dijangka selesai pada Jun dan menemui penonton pada akhir tahun depan.

Sumber : Bernama/DIWAI/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan