Feri Sewol yang karam diapungkan semula
Feri Korea Selatan, Sewol yang karam hampir tiga tahun lalu sudah diapungkan semula siang tadi (23 Mac).
SEOUL: Feri Korea Selatan, Sewol yang karam hampir tiga tahun lalu sudah diapungkan semula siang tadi (23 Mac).
Tragedi itu meragut nyawa lebih 300 orang, kebanyakannya kanak-kanak. Para pegawai berharap dapat menemui sembilan mayat yang masih hilang.
Jurucakap pemerintah berkata feri tersebut akan dinaikkan setinggi 13 meter atas air dan kemudian dipindahkan ke sebuah kapal.
Selepas itu, keluarga para mangsa dibenarkan untuk memerhatikannya dari jarak yang lebih dekat.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.