Images
  • donald trump
    Presiden Donald Trump. (Gambar: REUTERS/Joshua Roberts)

FBI sahkan ia sedang siasat dakwaan Rusia masuk campur pilihan raya AS

WASHINGTON: Pengarah Biro Siasatan Federal Amerika Syarikat (FBI), James Comey hari ini (20 Mac) mengesahkan bahawa pihaknya sedang menyiasat kemungkinan pemerintah Rusia masuk campur dalam pilihan raya Amerika Syarikat 2016.

Siasatan agensi itu termasuk sebarang kaitan antara kempen Presiden Donald Trump dengan Moscow.

Encik Comey memberitahu satu sesi kongres tentang kegiatan Rusia bahawa siasatan itu "termasuk menyiasat sebarang kaitan antara individu-individu yang ada kaitan dengan kempen Trump dan pemerintah Rusia dan sama ada terdapat sebarang penyelarasan antara kempen itu dengan usaha-usaha Rusia."

"Oleh kerana ia siasatan terbuka yang sedang dijalankan dan dirahsiakan, saya tidak boleh mengulas lanjut apa yang kami sedang lakukan dan tatalaku siapa yang sedang diperiksa kami," kata Encik Comey.

- Reuters/nd

Komen Anda?

Top