Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

FBI diarahkan serah semua maklumat antara Trump, James Comey

Pengerusi Jawatankuasa Siasatan Dewan Perwakilan mengarahkan Biro Siasatan Federal (FBI) supaya menyerahkan kepadanya semua maklumat perhubungan antara Presiden Donald Trump dengan mantan ketua biro itu, James Comey.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 17 May 2017 06:56PM Dikemas Kini : 17 May 2017 09:21PM

WASHINGTON: Tengkarah terus membelenggu pentadbiran baru Amerika Syarikat.

Pengerusi Jawatankuasa Siasatan Dewan Perwakilan mengarahkan Biro Siasatan Federal (FBI) supaya menyerahkan kepadanya semua maklumat perhubungan antara Presiden Donald Trump dengan mantan ketua biro itu, James Comey.

Maklumat tersebut perlu diserahkan selewat-lewatnya 24 hari bulan ini.

Arahan itu dikeluarkan menyusuli laporan akhbar New York Times bahawa Presiden Donald Trump pernah meminta Encik Comey supaya menghentikan siasatan terhadap Michael Flynn.

Laporan itu berdasarkan memo Encik Comey selepas pertemuannya dengan Presiden Trump pada Februari lalu, sehari selepas Encik Flynn terpaksa meletak jawatan sebagai Penasihat Keselamatan Negara Presiden Trump.

Ini berikutan pendedahan bahawa Encik Flynn tidak memberitahu Naib Presiden Mike Pence hal sebenar mengenai komunikasinya dengan Duta Besar Rusia ke Amerika.

Para anggota Dewan Kongres membidas Pentadbiran Trump berhubung laporan New York Times itu.

Menurut mereka, jika dakwaan itu benar, Encik Comey perlu segera memberi keterangan kepada Kongres mengenai perbualannya dengan Presiden Trump berhubung siasatan terhadap pembabitan Rusia.

Rumah Putih bagaimanapun dengan tegas menolak laporan itu dan Presiden Trump dijadualkan mengadakan sidang media, esok (18 Mei).

Sumber : BERITA Mediacorp/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan