Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Fasa ke-2 khidmat kereta api Sungai Buloh-Kajang dilancar pada Isnin

Fasa kedua Khidmat kereta api gerak cepat Malaysia iaitu laluan dari Sungai Buloh ke Kajang, akan dilancarkan Isnin ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 16 Jul 2017 09:31PM Dikemas Kini : 17 Jul 2017 12:13AM

KUALA LUMPUR: Fasa kedua Khidmat kereta api gerak cepat Malaysia iaitu laluan dari Sungai Buloh ke Kajang, akan dilancarkan Isnin ini.

Laluan fasa kedua itu meliputi 19 stesen, tujuh daripadanya bergerak di bawah tanah.

Apabila beroperasi sepenuhnya laluan Sungai Buloh ke Kajang itu akan mempunyai 31 stesen.

Ia dijangka melicinkan lagi perjalanan bagi para penduduk di Lembah Klang.

Setiap kereta api akan mempunyai empat gerabak yang boleh menampung lebih 1,000 penumpang setiap perjalanan.

Dianggarkan seramai 400,000 penumpang akan menggunakan khidmat kereta api tersebut setiap hari.

Sumber : Agensi berita/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan