Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Faisal Tehrani sindir pengharaman: "Terima kasih KDN kerana haramkan buku saya"

Empat bukunya diharamkan kelmarin, namun Faisal Tehrani menjawab: "Terima kasih (kepada KDN) kerana membantu untuk mencantikkan profil saya."

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 07 May 2015 12:07AM Dikemas Kini : 07 May 2015 11:58AM

MALAYSIA:  Penulis novel, Faisal Tehrani "menyambut baik" langkah Kementerian Dalam Negeri Malaysia (KDN) mengharamkan bukunya-bukunya atas alasan ia mengandungi unsur penyebaran fahaman Syiah yang bertentangan dengan aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Faisal berkata pengharaman itu adalah perkembangan sihat kerana sastera Melayu ketika ini berada dalam keadaan suram di sebalik pelbagai sayembara dianjurkan bagi memulihkan keadaan itu.

Dalam laporan Malaysiakini, Faisal berkata, dia tidak menyedari pengharaman buku Sebongkah Batu Di Kuala Berang sejak 1 April lalu kerana ia masih dijual secara terbuka semasa Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur antara 24 April hingga 3 Mei lalu. 

Malah, katanya, buku berkenaan dijual secara terbuka dan ditawarkan pada "harga menggiurkan."

"Ini adalah rahmat besar di bulan Rejab. Saya yakin akan mendapat lebih ramai pembaca baru," katanya.

Kelmarin, KDN mengeluarkan kenyataan mengharamkan empat judul buku karya Faisal, iaitu Sebongkah Batu Di Kuala Berang yang diterbitkan PTS Litera Utama Sdn Bhd, Karbala (Abeerden Books World), Tiga Kali Seminggu dan Ingin Jadi Nasrallah (kedua-keduanya oleh Al-Ameen Serve Holdings Sdn Bhd).

KONTROVERSI PENGHARAMAN NOVEL FAISAL TEHRANI:
Penulis novel, Faisal Tehrani dengan sinis menjawab beliau "menyambut baik" langkah Kementerian Dalam Negeri Malaysia (KDN) mengharamkan bukunya-bukunya.

Dalam pada itu, novelis kontroversil itu akan berada di Singapura Sabtu ini (9 Mei) bagi menyampaikan satu ceramah sastera dan budaya di Taman Warisan Melayu.  Beliau akan berada di sana dari jam 2.00 hinga 4.00 petang dan akan menyampaikan tema Cita Sempurna, Cita Bencana.

Faisal Tehrani bersama Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak. (Gambar: Malaysiakini)

MAHU BUAT MALAYSIA BANGGA

Beliau yang nama sebenarnya ialah Dr Mohd Faizal Musa, kini seorang zamil penyelidik di Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), dan sudah menulis lebih daripada 20 novel.

Faisal berkata ketika ini dia sedang tekun menghabiskan sebuah novel yang disiapkan untuk "meraih perhatian komiti Hadiah Nobel bagi kategori kesusasteraan di Stockholm.

Kata Faisal, ia adalah langkah awalnya untuk membawa kesusasteraan Melayu ke peringkat antarabangsa.

"Terima kasih (kepada KDN) kerana membantu untuk mencantikkan profil saya.

"Kebanyakan pemenang Hadiah Nobel untuk kesusasteraan lalu dicalonkan apabila karya mereka diharamkan pihak berkuasa.

"Insya-Allah saya akan membuat rakyat Malaysia bangga dengan pengharaman lima buah buku pelbagai genre ini di kemudian hari," kata novelis tersebut.

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan