Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Fabrik baju pengantin Tunku Tun Aminah hasil tenunan banduan

Siapa sangka baju nikah yang dipakai oleh pengantin diRaja Tunku Tun Aminah dan Dennis Muhammad Abdullah ditenun oleh banduan di Penjara Penor, Kuantan, Pahang.

Anggaran Waktu Membaca:
Fabrik baju pengantin Tunku Tun Aminah hasil tenunan banduan

Baju kurung Tenun Pahang yang dipakai Tunku Tun Aminah. (Gambar: The Royal Johor/Facebook)

Diterbitkan : 19 Aug 2017 09:39AM Dikemas Kini : 19 Aug 2017 09:45AM

JOHOR BARU: Siapa sangka baju nikah yang dipakai oleh pengantin diRaja Tunku Tun Aminah dan Dennis Muhammad Abdullah ditenun oleh banduan di Penjara Penor, Kuantan, Pahang.

Ini didedahkan sendiri oleh ibu saudara Tunku Tun Aminah, Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar menerusi akaun Twitternya.

"Pada majlis pernikahan anak saudara saya, Tunku Tun Aminah memakai baju yang dibuat daripada Tenun Pahang diRaja rekaan saya. Ditenun oleh banduan Penjara Penor," tulis Tunku Azizah seperti yang ditukil Astro Awani.

Tenun Pahang memang cukup dikenali ramai sebagai tenunan paling kemas malah Tunku Azizah sendiri banyak memberikan sumbangan dan idea melalui hasil tenunan itu hingga menamakan semula Tenun Pahang sebagai Tenun DiRaja Pahang kerana kecintaan raja negeri itu.

Menurut Tunku Azizah lagi, baju kurung teluk belanga yang dipakai Tunku Tun Aminah pada hari bersejarahnya itu direka sendiri oleh pengantin.

"Saya tidak mereka pakaian tetapi saya mereka fabrik yang menggunakan kain tenun. Tunku Aminah mereka sendiri baju kurung," kata beliau.

Sementara itu, pereka fesyen tersohor Datuk Rizalman Ibrahim turut memuji busana yang dipakai Tunku Tun Aminah, lapor Astro Awani.

"Tunku Tun Aminah seorang fashionista namun pada upacara begini beliau memilih untuk kembali kepada asal usal dengan mengangkat martabat negeri Johor.

"Terus terang saya katakan baju kurung tradisional sudah cukup cantik untuk disarungkan cuma kena bijak menata rias busana itu.

"Misalnya dipadankan dengan selendang, layah atau aksesori yang sesuai seperti Tunku Tun Aminah lakukan," katanya kepada Utusan Online.

Sumber : Agensi berita/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan