Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

EU tolak rayuan Netanyahu iktiraf Baitulmakdis ibu kota Israel

Kesatuan Eropah (EU) menolak rayuan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu agar kesatuan itu turut mengiktiraf Baitulmakdis sebagai ibu kota Israel. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 12 Dec 2017 08:21PM Dikemas Kini : 12 Dec 2017 10:36PM

BRUSSELS: Kesatuan Eropah (EU) menolak rayuan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu agar kesatuan itu turut mengiktiraf Baitulmakdis sebagai ibu kota Israel.

Ketua Dasar Luar EU, Federica Mogherini menegaskan, status muktamad Baitulmakdis hanya boleh ditentukan apabila Israel dan Palestin menyelesaikan konflik mereka melalui rundingan.

Lawatan Encik Netanyahu ke ibu pejabat EU di Brussels itu adalah yang pertama oleh Perdana Menteri Israel dalam masa 22 tahun.

Ketegangan juga semakin memuncak di kawasan Tebing Barat akibat keputusan Amerika itu.

Pertempuran antara rakyat Palestin dengan tentera Israel berlanjutan buat hari kelima.

Dalam keganasan terbaru, kira-kira 20 penunjuk perasaan cedera. 

Sumber : CNA/APTN/NU/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan