Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Empat pegawai dilucutkan jawatan kerana gagal periksa jadual penerbangan AirAsia

Empat pegawai penerbangan dari pusat kawalan udara Lapangan Antarabangsa Juanda di Surabaya dilucutkan dari jawatan masing-masing kerana dipercayai gagal memeriksa jadual penerbangan AirAsia yang diluluskan.

Anggaran Waktu Membaca:
Empat pegawai dilucutkan jawatan kerana gagal periksa jadual penerbangan AirAsia

Sebuah pesawat AirAsia. (Gambar: AFP/Adek Berry)

Diterbitkan : 06 Jan 2015 03:16PM Dikemas Kini : 08 Jan 2015 02:44AM

INDONESIA: Empat pegawai penerbangan dari pusat kawalan udara Lapangan Antarabangsa Juanda di Surabaya dilucutkan dari jawatan masing-masing kerana dipercayai gagal memeriksa jadual penerbangan AirAsia yang diluluskan.

Demikian menurut laporan Detik.com.

Para pegawai itu tidak memeriksa jadual musim sejuk bagi AirAsia yang membolehkan syarikat penerbangan itu untuk melakukan penerbangan di laluan Surabaya-Singapura pada hari Isnin, Selasa, Khamis dan Sabtu.

Mereka sebaliknya telah menggunakan jadual musim panas, yang membolehkan syarikat berkenaan untuk melakukan penerbangan pada hari Isnin, Rabu, Jumaat dan Ahad.

Laporan itu turut mendedahkan bahawa tiada keganjilan yang dikesan pada penerbangan lain yang berlepas dari Surabaya menyusuli semakan menyeluruh terhadap operasi lapangan terbang itu.

Sumber : Agensi berita/aw
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan