Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Eksport daging khinzir ke Indonesia? Presiden Putin ketawakan menteri yang usul demikian

Presiden Rusia, Vladimir Putin tidak mampu menahan diri dari ketawa terbahak-bahak dalam mesyuarat kabinet selepas Menteri Pertaniannya Alexander Tkachev mencadangkan agar daging babi dieksport ke Indonesia.

Anggaran Waktu Membaca:
Eksport daging khinzir ke Indonesia? Presiden Putin ketawakan menteri yang usul demikian

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 16 Oct 2017 11:11PM Dikemas Kini : 16 Oct 2017 11:20PM

RUSIA: Presiden Rusia, Vladimir Putin tidak mampu menahan diri dari ketawa terbahak-bahak dalam mesyuarat kabinet selepas Menteri Pertaniannya Alexander Tkachev mencadangkan agar daging babi dieksport ke Indonesia.

Menurut media tempatan, Encik Alexander Tkachev mengusulkan rancangan itu untuk meningkatkan pendapatan negara tersebut.

Beliau memberikan Jerman sebagai contoh negara yang mengeksport daging babi ke beberapa negara lain seperti Jepun, China dan Indonesia.

Presiden Vladimir Putin kemudian tersenyum dan menjelaskan kepada Encik Tkachev bahawa Indonesia adalah negara Islam dan rakyatnya tidak makan daging babi.

Menteri itu menjawab "mereka akan (makan babi)."

Presiden Vladimir Putin kemudian berkata: "Tidak, mereka tidak akan."

Beliau kemudian ketawa dan Encik Tkachev hanya tersenyum dan menjelaskan bahawa beliau bermaksud Korea Selatan dan bukan Indonesia.
 

Sumber : Agensi berita/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan