Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ejen pelancongan dan syarikat pengangkutan gesa dicepatkan kerja-kerja pembaikan di Laluan Kedua

Agensi-agensi pelancongan dan pengendali pengangkutan kecewa dengan kemudahan kurang bermutu bagi penumpang bas di Pusat Pemeriksaan Laluan Kedua di Tanjung Kupang berhampiran Gelang Patah, dan menggesa mereka yang bertanggungjawab mempercepatkan rancangan kerja-kerja naik taraf.

Anggaran Waktu Membaca:
Ejen pelancongan dan syarikat pengangkutan gesa dicepatkan kerja-kerja pembaikan di Laluan Kedua

Link kedua ke Malaysia dari Tuas. (Gambar fail: TODAY)

Diterbitkan : 19 Oct 2017 10:37PM Dikemas Kini : 19 Oct 2017 10:38PM

JOHOR BAHRU: Agensi-agensi pelancongan dan pengendali pengangkutan kecewa dengan kemudahan kurang bermutu bagi penumpang bas di Pusat Pemeriksaan Laluan Kedua di Tanjung Kupang berhampiran Gelang Patah, dan menggesa mereka yang bertanggungjawab mempercepatkan rancangan kerja-kerja naik taraf.

Ejen-ejen pelancongan, syarikat-syarikat pengangkutan dan para pelancong sebelum ini pernah mengetengahkan masalah di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Sultan Abu Bakar yang berusia 20 tahun itu.

Namun begitu, ia hanya menarik perhatian apabila Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan Johor Datuk Tee Siew Kiong mengunjungi kompleks tersebut pada 1 Oktober lalu.

Syarikat pengendali pengangkutan Chua Poh Kok mengatakan beliau menanyakan bagaimana kerosakan di kawasan tempat meletak bas tidak diendahkan oleh pengurus kompleks tersebut selama lima tahun.

"Ia amat memalukan dan menjejas secara negatif imej Johor dan Malaysia. Para pelancong jelas nampak bumbung yang rosak dan itulah benda pertama mereka akan nampak apabila memasuki negara kami dengan menaiki bas.

"Sesiapa yang bertanggungjawab terhadap bangunan ini seharusnya melakukan kerja-kerja pembaikan lima tahun lalu apabila terdapat lubang.

"Ini satu masalah yang sudah lama ditekankan oleh ejen-ejen perlancongan dan syarikat-syarikat pengangkutan tetapi aduan kami tidak diendahkan," kata Encik Chua.

Beliau menguruskan syarikat yang mempunyai sebanyak 10 bas untuk digunakan bagi mengangkut pemain bola sepak kelab Darul Ta'zim.

Menurutnya masalah tersebut menyebabkannya membawa pelancong ke Malaysia dari Singapura menggunakan Pusat Pemeriksaan Woodlands, berbanding laluan kedua.

Encik Chua, yang juga anggota jawatankuasa Persatuan Pelancongan Johor berkata kempen untuk membawa masuk pelancong ke Johor tidak berguna jika isu kemudahan di pintu-pintu masuk tidak dihuraikan.

Sementara itu seorang pengarah urusan ejen pelancongan Datuk Teo Kok Chee berkata tempat menunggu lebih baik buat penumpang bas dan tandas tambahan diperlukan segera di Kompleks Sultan Abu Bakar.

"Amatlah penting kemudahan-kemudahan di Laluan Kedua dinaiktaraf. Jangan tunggu setahun lagi kerana kerja-kerja pembaikan harus dilakukan sekarang.

"Puluhan ribu pelancong dan pekerja Malaysia menggunakan Laluan Kedua setiap minggu, dan angka ini berganda semasa cuti umum dan cuti sekolah.

"Kita tidak boleh biarkan imej negara terjejas disebabkan kemudahan yang tidak memuaskan di kompleks CIQ," kata Encik Teo.  

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan