Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Duterte tawar pemerintahan sendiri kepada muslim Filipina bagi tangani ISIS

Presiden Rodrigo Duterte hari ini (17 Jul) menawarkan pemerintahan sendiri kepada kaum minoriti muslim di selatan Filipina.

Anggaran Waktu Membaca:
Duterte tawar pemerintahan sendiri kepada muslim Filipina bagi tangani ISIS

Presiden Filipina Rodrigo Duterte. (Gambar: REUTERS/Samrang Pring)

Diterbitkan : 17 Jul 2017 11:56PM Dikemas Kini : 18 Jul 2017 12:00AM

MANILA: Presiden Rodrigo Duterte hari ini (17 Jul) menawarkan pemerintahan sendiri kepada kaum minoriti muslim di selatan Filipina.

Ini dalam usahanya untuk cuba menangani golongan militan beragama Islam yang merampas bandar Marawi di selatan negara itu, dalam cabaran yang terbesar kepada pemerintahannya.

Presiden Duterte berharap dengan menjanjikan autonomi, ia akan menggesa rakyat Islam Filipina supaya menolak kumpulan ISIS, di mana para pengikutnya masih mengawal beberapa bahagian Marawi.

Ini meskipun selepas pertempuran selama dua bulan yang menyebabkan lebih 500 orang maut.

Duterte berjanji untuk memberi panduan bagi Kongres Rang Undang-Undang "Undang-Undang Asas Bangsamoro" yang ditulis dan diserahkan bersama kepadanya pada Isnin (17 Jul) oleh para pegawai pemerintah dan kumpulan pejuang gerila muslim terbesar di negara itu, Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF).

"Ini adalah langkah ke hadapan penting dalam usaha untuk menghentikan kebencian, ketidakpercayaan dan ketidakadilan yang sudah berkurun lamanya yang mengorbankan dan menjejas jutaan nyawa rakyat Filipina," katanya dalam ucapan kepada para pemimpin MILF dan para pegawai pemerintah.

Kedua-dua pihak akur, bahawa memberikan pilihan yang lebih baik kepada kaum minoriti Islam di negara majoriti Katolik itu adalah penting demi menolak tarikan untuk menyertai kumpulan pelampau. Pihak ISIS kini mahu menubuhkan sebuah wilayah Islam di selatan Filipina.

Merujuk kepada kumpulan bersenjata di Marawi, Pengerusi MILF, Encik Murad Ebrahim berkata:

"Orang-orang yang sesat itu kini mengisi kekosongan yang berlaku ekoran kegagalan kami untuk menggubal undang-undang asas, yang mengakibatkan rakyat menjadi kecewa."

Rakyat muslim Filipina sudah memberontak sejak tahun 1970-an lagi, di mana ia menyebabkan lebih 100,000 orang maut di Mindanao, termasuk Marawi. 

Sumber : AFP/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan