Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Duterte sokong tentera "sepenuhnya", ikrar lenturkan pemberontakan di Mindanao

Presiden Duterte: Perintah darurat tersebut merupakan satu-satunya cara bagi melenturkan pemberontakan di Mindanao.

Anggaran Waktu Membaca:
Duterte sokong tentera "sepenuhnya", ikrar lenturkan pemberontakan di Mindanao

Presiden Filipina Rodrigo Duterte. (Gambar: REUTERS/Romeo Ranoco)

Diterbitkan : 27 May 2017 02:08PM Dikemas Kini : 27 May 2017 02:12PM

MANILA: Presiden Filipina Rodrigo Duterte dengan berseloroh berkata bahawa para askar "boleh memperkosa sehingga tiga wanita" sedang beliau memberikan jaminan kepada pihak tentera bahawa beliau akan memberikan sokongan sepenuhnya di bawah perintah darurat yang baru dikuatkuasakan.

Beliau membuat kenyataan itu semasa menyampaikan ucapan di sebuah pangkalan tentera bagi membangkitkan semangat para askar yang ditugaskan untuk menangani ancaman pengganas yang semakin meruncing.

“Bagi perintah darurat ini dan kesannya, saya saja yang bertanggungjawab ke atasnya. Anda hanya perlu lakukan tugas anda. Saya akan uruskan segalanya,” kata beliau.

“Saya akan dipenjara buat anda. Jika anda memperkosa tiga (wanita), saya akan katakan saya yang melakukannya.”

Presiden Duterte menguatkuasakan perintah darurat Selasa lalu di seluruh wilayah Mindanao sebagai tindak balas terhadap para militan yang melakukan keganasan di sebuah bandar dan mengibarkan bendera-bendera kumpulan militan ISIS.

Menurut beliau lagi, para militan merancang untuk menubuhkan sebuah wilayah ISIS di Mindanao yang mempunyai seramai 20 juta penduduk.

Justeru, perintah darurat tersebut merupakan satu-satunya cara bagi melenturkan pemberontakan itu.

Sumber : CNA/hs
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan