Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Duterte lakukan lawatan mengejut ke bandar Marawi, beri semangat kepada askar pemerintah

Presiden Filipina, Rodrigo Duterte, melakukan lawatan mengejut ke bandar Marawi.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 21 Jul 2017 06:21PM Dikemas Kini : 21 Jul 2017 09:58PM

MARAWI: Presiden Filipina, Rodrigo Duterte, melakukan lawatan mengejut ke bandar Marawi.

Ini merupakan kali pertama Presiden Duterte melawat Marawi, bandar di Pulau Mindanao.

Kunjungan empat jam ini bertujuan menaikkan semangat askar-askar pemerintah yang sedang berjuang untuk menguasai semula seluruh Marawi sejak hampir dua bulan lalu.

Sebahagian kecil kawasan bandar itu masih diduduki pihak militan Maute dan Abu Sayyaf yang bersekutu dengan kumpulan pengganas ISIS.

Lantaran itu Presiden Duterte meminta Dewan Kongres Filipina supaya melanjutkan tempoh undang-undang tentera di Mindanao selama lebih lima bulan lagi sehingga akhir tahun ini.

Presiden Duterte memberi amaran bahawa militan-militan di Marawi merancang untuk melancarkan serangan ke bandar-bandar lain.

Ada kebimbangan bahawa ISIS yang sudah kalah di Timur Tengah akan menubuhkan pangkalan-pangkalan baru di Asia Tenggara seperti di selatan Filipina.

Sumber : CNA/ur
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan