Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Duterte kuatkuasakan larangan merokok di seluruh Filipina

Presiden Rodrigo Duterte, yang menyelia kempen bagi membanteras penyalahgunaan dadah di Filipina, kini mengarahkan larangan awam yang ketat terhadap merokok dan menggesa rakyat Filipina supaya membantu pihak berkuasa menangkap para perokok.

Anggaran Waktu Membaca:
Duterte kuatkuasakan larangan merokok di seluruh Filipina

Presiden Filipina Rodrigo Duterte. (Gambar: REUTERS/Erik De Castro)

Diterbitkan : 19 May 2017 03:02PM Dikemas Kini : 19 May 2017 03:09PM

MANILA: Presiden Rodrigo Duterte, yang menyelia kempen bagi membanteras penyalahgunaan dadah di Filipina, kini mengarahkan larangan awam yang ketat terhadap merokok dan menggesa rakyat Filipina supaya membantu pihak berkuasa menangkap para perokok.

Arahan eksekutif, yang ditandatanganinya pada awal minggu ini dan diumumkan pada Khamis (18 Mei), melarang penggunaan tembakau, termasuk rokok elektronik di semua ruang awam, dan juga di laluan pejalan kaki.

Beliau juga melarang rakyat yang berusia bawah 18 tahun daripada "menggunakan, menjual atau membeli rokok atau produk tembakau".

Dalam laporan New York Times, lebih 25 peratus rakyat Filipina merokok, menurut laporan 2015 yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia, termasuk 11 peratus yang terdiri daripada mereka yang bawah umur.

Langkah yang dikuatkuasakan di seluruh negara itu, dikenali sebagai Arahan Eksekutif 26, serupa dengan larangan merokok yang dikuatkuasakan Encik Duterte di Davao City pada tahun 2002 semasa beliau menyandang jawatan datuk bandar di bandar tersebut.

Encik Duterte yang berhenti merokok dan meminum arak berpuluh-puluh tahun yang lalu, didapati menghidap dua penyakit iaitu esofagus Barrett dan penyakit Buerger.

Menurut arahan baru itu, tembakau dilarang dijual dalam jarak 100 meter dari sekolah, taman permainan atau di tempat- tempat di mana kanak-kanak berkumpul.

Majlis bandaran juga perlu menempatkan kawasan merokok yang jauh dari tempat-tempat ini, dan jauh dari lif, tangga, stesen minyak, pusat-pusat kesihatan dan tempat- tempat di mana makanan disediakan.

Papan tanda "Jangan merokok" akan dipasang di semua tempat awam, dalam petikan laporan New York Times.

Arahan itu juga menggesa orang ramai supaya menyertai "Pasukan Bertindak Bebas Rokok" bagi membantu menguatkuasakan arahan ini dan menangkap dan mendakwa mereka yang didapati bersalah.

Sejak menyandang jawatan presiden pada tahun lalu, Duterte menguatkuasakan kempen anti-dadah yang meragut nyawa beribu-ribu orang yang disyaki penagih dadah dan pengedar dadah, yang seringkali dikenakan hukuman tanpa perbicaraan.

Mereka yang melanggar larangan merokok di Filipina boleh dikenakan hukuman penjara sehingga empat bulan dan didenda 5,000 peso ($140), menurut jurucakap Presiden Ernesto Abella, pada Khamis (18 Mei), menurut laporan New York Times.

Filipina adalah pengguna tembakau kedua terbesar di Asia Tenggara, selepas Indonesia, menurut Jabatan Kesihatan Filipina. 

Sumber : Agensi berita/ur
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan