Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Duterte gesa ASEAN bertindak proaktif, sokong penjanjian dagangan RCEP

Mesyuarat Menteri-menteri Luar ASEAN di Manila berakhir hari ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Duterte gesa ASEAN bertindak proaktif, sokong penjanjian dagangan RCEP

Gambar fail Presiden Filipina Duterte.

Diterbitkan : 08 Aug 2017 07:35PM Dikemas Kini : 08 Aug 2017 07:37PM

MANILA: Mesyuarat Menteri-menteri Luar ASEAN di Manila berakhir hari ini.

Sepanjang mesyuarat tiga hari itu, perbincangannya banyak tertumpu kepada isu-isu Korea Utara dan pertikaian wilayah di Laut China Selatan.

Di majlis menutup mesyuarat Menteri-menteri Luar ASEAN di Manila, Presiden Filipina Rodrigo Duterte berkata pertubuhan serantau itu perlu proaktif, relevan, mampu membuat perubahan besar dan kekal bersatu.

"Kita mahukan sebuah rantau yang selamat, di mana rakyat kita boleh hidup tanpa berasa takut terhadap anasir-anasir jahat, akibat buruk rasuah dan jenayah rentas sempadan," kata Duterte.

Presiden Duterte juga memberi sokongannya kepada usaha menghasilkan satu perjanjian dagangan yang disokong China, dikenali sebagai Perkongsian Menyeluruh Ekonomi Serantau (RCEP).

Menurut Presiden Duterte, ASEAN mempunyai taruhan lebih besar berbanding bahagian lain dunia bagi menentang amalan perlindungan dagangan dan menegakkan peraturan dagangan antarabangsa.

Kenyataan Presiden Duterte itu secara tidak langsung menyindir langkah Pentadbiran Amerika Syarikat keluar daripada Perjanjian Perkongsian Rentas Pasifik (TPP).

Keputusan Presiden Donald Trump itu memberi tamparan hebat kepada 11 lagi negara TPP yang telah menghabiskan masa tujuh tahun merundingkan apa yang dianggap sebagai perjanjian dagangan bebas terbesar di dunia itu.

Sumber : BERITA Mediacorp/MU/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan