Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Durian 'musang king' M'sia dicemari racun serangga tidak benar

Mesej yang tersebar luas di media sosial yang mendakwa 20 kontena yang mengandungi ribuan durian musang king gagal dibawa masuk ke China dari Malaysia akibat paras racun serangga yang tinggi adalah tidak benar, lapor laman berita Kosmo.

Anggaran Waktu Membaca:
Durian 'musang king' M'sia dicemari racun serangga tidak benar

Durian Musang King.

Diterbitkan : 19 Nov 2017 08:03PM Dikemas Kini : 19 Nov 2017 08:06PM

KUALA LUMPUR: Mesej yang tersebar luas di media sosial yang mendakwa 20 kontena yang mengandungi ribuan durian musang king gagal dibawa masuk ke China dari Malaysia akibat paras racun serangga yang tinggi adalah tidak benar, lapor laman berita Kosmo.

Demikian menurut Timbalan Ketua Setiausahasa (Dasar) dan Ketua Pegawai Maklumat Kementerian Pendidikan Malaysia Datuk Mohd Sallehuddin Hassan.

Belia turut mengatakan bahawa gambar-gambar yann tersebar luas di media sosial juga tidak menepati ciri-ciri durian musang king Malaysia.

“Dakwaan itu palsu kerana buat masa ini durian segar berkulit dari Malaysia masih belum diberikan akses pasaran ke China.

“Malaysia hanya diberi kebenaran untuk mengeksport durian separa proses iaitu buah sejuk beku dan pes serta produk-produk industri asas tani berasaskan durian,” katanya menerusi laman Facebook beliau semalam (18 Nov) ditukil laman berita Kosmo. 

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan