Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Durian baik untuk lelaki, menteri minta lebih banyak kajian dijalankan

Menteri Pertanian dan Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek ingin lebih banyak penyelidikan dijalankan berhubung unsur-unsur afrodisiak ataupun bahan yang menaikkan syahwat yang terdapat dalam durian, menurut laporan Malaysiakini.

Anggaran Waktu Membaca:
Durian baik untuk lelaki, menteri minta lebih banyak kajian dijalankan

Gambar fail durian. (Gambar: Monica Kotwani)

Diterbitkan : 17 Nov 2017 09:09AM Dikemas Kini : 17 Nov 2017 09:12AM

KUALA LUMPUR: Menteri Pertanian dan Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek ingin lebih banyak penyelidikan dijalankan berhubung unsur-unsur afrodisiak ataupun bahan yang menaikkan syahwat yang terdapat dalam durian, menurut laporan Malaysiakini.

“Durian seperti makanan lain, boleh dimakan, baik dimakan tetapi dalam keserdehanaan.

“Ada kawan saya beritahu memang benar ada juga kajian mengatakan durian ini ada unsur-unsur afrodisiak, baik untuk lelaki.

“Kita akan meminta supaya badan-badan yang berkaitan membuat kajian yang lebih tentang soal ini,” katanya di Dewan Rakyat, semasa sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri semalam (16 Nov).

Selain sifat afrodisiaknya, Malaysiakini melaporkan bahawa Datuk Seri Ahmad Shabery berkata, terdapat pelbagai kajian yang menunjukkan bahawa durian mengandungi bahan antioksida yang melambatkan proses tua.

Beliau menjawab soalan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali mengenai kajian durian dan kesan pengambilannya terhadap kesihatan.

Sebelum ini, beliau memaklumkan bahawa teknologi simpanan durian menggunakan kaedah sejuk beku membolehkan buah itu dapat dinikmati sepanjang masa dan bukan hanya waktu musimnya sahaja.

Selain itu, kata Datuk Seri Ahmad Shabery, kaedah penggunaan kolagen pada durian juga membolehkan buah itu bertahan sehingga setahun.

"Kita ada import daripada Thailand tapi saya tidak boleh sebutkan secara khusus tetapi kebanyakan masyarakat dunia jika diberi pilihan antara durian Thailand dan durian Malaysia, durian Malaysia lebih utama", katanya.

Menurut laporan Malaysiakini itu, Datuk Seri Ahmad Shabery berkata bahawa pelbagai kajian sudahpun dijalankan di peringkat antarabangsa bagi mengenal pasti kebaikan durian.

Ini termasuk kajian di Thailand pada 2011 mengenai kandungan durian yang mempunyai bahan antioksida lebih tinggi berbanding buah-buahan tropika lain, serta kajian di China pada 2010 berkaitan kulit durian yang mempunyai antibiotik untuk melegakan batuk.

Sumber : Agensi berita/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan