Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Dulu pelarian, kini Kapten Safia Ferozi juruterbang wanita kedua di Afghanistan

Meskipun membesar sebagai seorang pelarian, kini Kapten Safia Ferozi adalah juruterbang wanita yang kedua di Afghanistan.

Anggaran Waktu Membaca:
Dulu pelarian, kini Kapten Safia Ferozi juruterbang wanita kedua di Afghanistan

Kapten Safia Ferozi dalam pesawat C-208, yang digunakan untuk membawa pasukan bersenjata, di pangkalan udara tentera di Kabul. (Gambar: AP/Rahmat Gul)

Diterbitkan : 07 Dec 2016 08:38PM Dikemas Kini : 07 Dec 2016 08:49PM

KABUL, AFGHANISTAN: Meskipun membesar sebagai seorang pelarian, kini Kapten Safia Ferozi adalah juruterbang wanita yang kedua di Afghanistan.

Beliau juga bertanggungjawab memandu pesawat pengangkutan tentera udara. Pada masa yang sama, ia juga menunjukkan bahawa lebih banyak lagi usaha perlu dilakukan untuk menarik lebih ramai wanita menyertai angkatan tentera negara itu.

Cik Ferozi yang berusia 26 tahun mendirikan rumah tangga bersama seorang juruterbang yang turut bekerja dalam unit sokongan bagi angkatan tentera darat. Pasangan itu adalah sebahagian daripada angkatan tentera udara Afghanistan yang sedang membanteras kumpulan Taliban.

Pasangan juruterbang pertama Afghanistan, Kapten Safia Ferozi bersama suaminya Kapten Mohammad Jawad Najafi. (Gambar: AP/Rahmat Gul)

Pasangan juruterbang pertama Afghanistan, Kapten Safia Ferozi bersama suaminya Kapten Mohammad Jawad Najafi. (Gambar: AP/Rahmat Gul)

"Apabila saya memakai pakaian seragam tentera, saya berasa amat bangga sebagai seorang wanita," kata Cik Ferozi sedang beliau bersiap sedia untuk melakukan penerbangan dari pangkalan udara Kabul. Beliau mengemudi pesawat turboprop, C-208 yang digunakan sebagai pesawat pengangkutan.

Hampir 16 tahun selepas tumbangnya rejim militan Taliban, kaum wanita di Afghanistan kini mengorak langkah untuk meningkatkan kehadiran mereka dalam masyarakat termasuk di parlimen, pemerintah dan tentera. Namun, secara purata kaum wanita di negara itu masih berdepan dengan cabaran dan rintangan dalam masyarakat yang rata-rata masih bersikap konservatif dan memegang kepercayaan bahawa kaum wanita harus duduk di rumah dan keganasan terhadap wanita merupakan satu masalah yang membelenggu negara itu.

Kapten Safia Ferozi di pangkalan udara tentera Afghanistan di Kabul. (Gambar: AP/Rahmat Gul)

Kapten Safia Ferozi di pangkalan udara tentera Afghanistan di Kabul. (Gambar: AP/Rahmat Gul)

Setelah hampir 30 tahun, Afghanistan mempunyai juruterbang wanita yang pertama di negara itu pada tahun 2013 iaitu Kapten Niloofar Rahmani.

Cik Ferozi berharap dapat menjadi inspirasi kepada wanita-wanita yang lain.

"Sebagai seorang wanita, anda perlu menghadapi pelbagai cabaran, dan anda harus mengharungi semua cabaran itu," kata beliau.

Menurut jurucakap Kementerian Pertahanan Afghanistan, Jeneral Mohammad Radmanish, terdapat sekitar 1,800 wanita yang kini berkhidmat dalam angkatan tentera negara itu. Tentera Afghanistan yang menerima sokongan Amerika Syarikat dan NATO ingin menambah jumlah itu kepada 10 peratus dalam tempoh tujuh tahun akan datang. 

Sumber : AP/hz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan