Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Dr Zakir Naik "muncul" sekali lagi di M'sia

Beliau mengunjungi Malaysia pada April lalu untuk menyampaikan ceramah mengenai Islam.

Anggaran Waktu Membaca:
Dr Zakir Naik "muncul" sekali lagi di M'sia

Pendakwah bebas, Dr Zakir Naik. (Gambar: Facebook Zakir Naik)

Diterbitkan : 24 Oct 2016 05:38PM Dikemas Kini : 28 Nov 2016 11:54AM

PETALING JAYA: Dr Zakir Naik kini berada di Malaysia selepas menghadiri persidangan tahunan Al-Khadem di Kuala Lumpur semalam (23 Okt).

The Star melaporkan beliau juga bertemu dengan Timbalan Perdana Menteri Dr Ahmad Zahid Hamidi di rumahnya.

Hari ini (24 Okt), Dr Ahmad Zahid memuat naik gambar beliau dan Dr Zakir di Instagram.

Beliau menulis kapsyen "pendakwah terkenal" mengunjunginya.

Laporan The Star turut mendedahkan bahawa lawatan Dr Zakir ke Malaysia adalah yang kedua ke negara itu.

Beliau mengunjungi Malaysia pada April lalu untuk menyampaikan ceramah mengenai Islam.

Menurut The Star, Dr Zakir juga menyampaikan satu siri ceramah di Terengganu pada April lalu, sementara ceramah beliau yang dijadual berlangsung di Universiti Teknikal Malaysia Melaka, yang pada awalnya diharamkan oleh polis, diberi keizinan untuk meneruskannya selepas mencapai kata sepakat - iaitu menukar tema ceramah tersebut.

Sumber : Agensi berita/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan