Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Dr Mahathir dibidas kerana label M'sia antara 10 negara paling korup

Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia Dr Salleh Said Keruak membidas mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung catatan dalam blog beliau.

Anggaran Waktu Membaca:
Dr Mahathir dibidas kerana label M'sia antara 10 negara paling korup

Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak. (Gambar fail: Sumisha Naidu)

Diterbitkan : 21 Apr 2017 10:11PM Dikemas Kini : 21 Apr 2017 10:13PM

KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia Dr Salleh Said Keruak membidas mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung catatan dalam blog beliau yang menyatakan Malaysia dilabelkan sebagai antara sepuluh negara paling korup di dunia.

Dr Salleh berkata pada 24 Januari, CNBC menyiarkan laporan yang menyebut sepuluh negara paling korup di dunia ialah Somalia, Sudan Selatan, Korea Utara, Syria, Yaman, Sudan, Libya, Afghanistan, Guinea-Bissau dan Venezuela.

"The New York Times juga memuatkan laporan pada 9 Disember 2016 lebih kurang dengan menyatakan perkara yang sama, dan begitu juga dengan akhbar The Independent di UK (United Kingdom) pada 25 Januari, 2017 dan Fortune.com pada hari yang sama.

"Bulan lalu, pada 14 Mac 2017, CheatSheet menyenaraikan 15 negara paling korup di dunia dan masih Malaysia tidak berada dalam senarai," kata Dr Salleh menerusi catatan dalam blog beliau, sskeruak.blogspot.my, hari ini (21 Apr).

Beliau berkata ranker.com juga menyiarkan senarai negara paling korup berdasarkan laporan Transparency International dan Malaysia langsung tidak berada dalam senarai 100 teratas.

"Jadi, dari mana Mahathir mendapatkan faktanya? Adakah seseorang telah membekalkannya dengan berita palsu?​​" tanya Dr Salleh.

Semalam, Dr Mahathir membuat beberapa dakwaan terhadap Malaysia dan Perdana Menteri Najib Razak dalam blog beliau. 

Sumber : Bernama/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan