Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Dr Mahathir cabar PM Najib untuk berbahas

Pejabat Encik Najib tidak memberikan komen serta merta mengenai cabaran Dr Mahathir itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Dr Mahathir cabar PM Najib untuk berbahas

Gambar fail Dr Mahathir Mohamad (kiri) dan Perdana Menteri Malaysia Najib Razak. (Gambar: REUTERS/Samsul Said/Olivia Harris)

Diterbitkan : 19 Jul 2017 12:14PM Dikemas Kini : 19 Jul 2017 12:15PM

KUALA LUMPUR: Mantan perdana menteri Malaysia Dr Mahathir Mohamad pada Selasa (18 Jul) mencabar Perdana Menteri Najib Razak untuk membahaskan dakwaan rasuah dan cara pengurusan yang salah yang dikenakan terhadap kedua-dua mereka semasa mereka memegang jawatan itu.

Pemimpin veteran Dr Mahathir dan Encik Najib kini bergelut dalam pertikaian selama hampir dua tahun, dengan Dr Mahathir berkempen untuk menggulingkan Encik Najib atas dakwaan rasuah yang berkaitan 1MDB.

Encik Najib menafikan sebarang kesalahan.

Dr Mahathir berkata Encik Najib harus menghadiri sesi dewan yang disifatkannya sebagai "tiada apa yang harus disembunyikan".

"Ini adalah platform yang baik untuk menyatakan kebenaran dan Encik Najib harus menghadirinya untuk bercakap benar atau menjawab dakwaan-dakwaan itu," kata Dr Mahathir dalam satu sidang media.

"Dan juga saya mahu bertanya Encik Najib mengenai banyak kegagalan beliau dan beberapa isu yang menarik perhatian umum," tambah Dr Mahathir.

Pejabat Encik Najib tidak memberikan komen serta merta mengenai cabaran Dr Mahathir itu.

Sumber : Reuters/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan