Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

DPM M'sia: Isu bendera Indonesia tidak disengajakan

Timbalan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kesilapan yang berlaku berhubung bendera Indonesia di dalam buku panduan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017), tidak disengajakan.

Anggaran Waktu Membaca:
DPM M'sia: Isu bendera Indonesia tidak disengajakan

Timbalan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 20 Aug 2017 01:37PM Dikemas Kini : 20 Aug 2017 01:39PM

TELUK INTAN: Timbalan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kesilapan yang berlaku berhubung bendera Indonesia di dalam buku panduan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017), tidak disengajakan.

"Kita harus berfikiran terbuka tentang perkara ini. Saya percaya ini tidak dilakukan dengan niat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Teluk Intan, hari ini.

Dalam buku panduan KL2017, temasya sukan dwitahunan yang upacara pembukaannya berlangsung gilang-gemilang malam tadi, bendera Indonesia dicetak terbalik.  

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin memohon maaf kepada rakan sejawatannya dari Indonesia, Imam Nahrawi dan rakyat Indonesia atas kesilapan tersebut dan menegaskan kesilapan itu tidak disengajakan.

Sumber : Bernama/UR/ur
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan