Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Donald Trump jemput Rodrigo Duterte ke Washington

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menjemput rakan sejawatnya dari Filipina, Presiden Rodrigo Duterte untuk berkunjung ke Washington. 

Anggaran Waktu Membaca:
Donald Trump jemput Rodrigo Duterte ke Washington

Gambar fail Presiden Amerika Syarikat Donald Trump (kanan) dan Presiden Filipina Rodrigo Duterte. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 30 Apr 2017 06:21PM Dikemas Kini : 30 Apr 2017 06:22PM

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menjemput rakan sejawatnya dari Filipina, Presiden Rodrigo Duterte untuk berkunjung ke Washington.

Undangan tersebut dibuat pada Sabtu (29 Apr) semasa satu panggilan telefon "muhibah" di mana para pemimpin itu membincangkan "ancaman" Korea Utara, menurut Rumah Putih.

Pengumuman itu dibuat di tengah-tengah ketegangan yang genting berhubung program nuklear dan peluru berpandu Pyongyang menyusuli pelancaran ujian terbaru negara itu, dan juga kritikan antarabangsa terhadap pendekatan membanteras dadah Encik Duterte yang meragut beribu-ribu nyawa.

Mereka juga "berbincang tentang pemerintah Filipina yang sedang berusaha untuk membasmi dadah dari negara itu. Satu perkara yang merundung banyak negara merata dunia".

Rumah Putih menambah Encik Trump "berasa senang dengan perbualan itu" dan tidak sabar untuk menghadiri sidang puncak utama AS-ASEAN dan Timur Asia di Filipina pada bulan November.

Sementara itu, Istana Malacañang juga mendedahkan semasa panggilan itu, Encik Trump mengesahkan lawatan beliau ke Filipina kerana beliau komited kepada perikatan Filipina-AS.

Encik Trump meluahkan semasa panggilan telefon itu bahawa beliau mempunyai hubungan kerja yang baik dengan Encik Duterte, kata jurucakap Presiden Filipina Ernesto Abella. 

Sumber : AFP/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan