Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Dewa Cina di Indonesia diselubungi kain putih selepas Muslim protes

Sebuah patung dewa Cina yang setinggi sekitar 30 meter ditutup dengan sehelai kain putih yang besar pada hujung minggu lepas, di Jawa Timur, Indonesia.

Anggaran Waktu Membaca:
Dewa Cina di Indonesia diselubungi kain putih selepas Muslim protes

Dewa yang didirikan di Indonesia namun kini sudah diselubungi kain putih selepas beberapa masyarakat Muslim protes. (Gambar: Petikan skrin dari video Youtube)

Diterbitkan : 11 Aug 2017 09:23PM Dikemas Kini : 11 Aug 2017 09:36PM

HONG KONG: Sebuah patung dewa Cina yang setinggi sekitar 30 meter ditutup dengan sehelai kain putih yang besar pada hujung minggu lepas, di Jawa Timur, Indonesia. Ini selepas orang-orang Islam mengancam untuk membinasakan patung raksasa itu di tengah-tengah ketegangan etnik dan agama di seluruh Indonesia, lapora New York Times.

Kempen daripada golongan pelampau Islam itu bermula secara online apabila mereka tidak bersetuju patung tersebut didirikan.

Namun, kempen tersebut tidak terhenti di situ sahaja, malah ia kemudiannya merebak ke pintu kuil Cina Confucius di Tuban, dekat pantai Laut Jawa, di mana patung tersebut didirikan pada bulan lepas. Menurut laporan New York Times, patung tersebut sebenarnya merupakan sebuah gambaran jeneral abad ketiga Guan Yu, yang disembah sebagai Tuhan oleh beberapa agama Cina.

Di media sosial, sebahagian pengguna muslim menyerang patung itu sebagai "tidak bertamadun" dan bertentangan dengan Islam dan "penduduk-penduduk"nya. Laporan itu menambah orang ramai kelihatan berkumpul pada minggu ini di luar badan perundangan Jawa Timur di kota Surabaya untuk menuntut patung itu dimusnahkan.

Patung-patung yang dianggap tidak Islamik pernah dimusnahkan atau dirosakkan di Indonesia sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dengan beberapa kuil Cina dibakar.

Indonesia merupakan sebuah negara yang mempunyai penduduk Muslim terbesar di dunia, dan kaum Cina - sebahagian besar daripada mereka merupakan penganut Kristian, Buddha atau Konfusius - yang membentuk kurang daripada 5 peratus daripada keseluruhan penduduk. Sentimen anti-Cina yang berlaku baru-baru ini dikatakan sebahagiannya didorong oleh bertambahnya pengaruh ideologi Muslim yang ekstrim dalam politik negara itu, menurut pakar-pakar.

"Sentimen anti-cina menjadi sangat kuat," kata Aan Anshori, penyelaras di Rangkaian Anti Diskriminasi Muslim Timur Jawa, yang menentang penutupan patung tersebut.

"Ia agak membimbangkan melihat kepada sentimen ini yang akan boleh digunakan oleh ahli politik pada masa akan datang," katanya lagi menurut New York Times.

Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, pelampau muslim ingin memperjuangkan undang-undang Islam atau Syariah di seluruh Indonesia. Mahkamah sivil baru-baru ini mendapati bahawa gabenor yang beragama Kristian, Ahok, bersalah atas kesalahan kata-kata yang disifatkan menghina Islam.

"Ia menimbulkan sikap tidak bertoleransi dalam hal agama, dengan menggunakan tafsiran mereka sendiri tentang Al-Quran dan menggunakan tafsiran mereka untuk menentang kuil Cina," kata Andreas Harsono, pengarah Human Rights Watch Indonesia.  

Sumber : Agensi berita/UR/ur
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan