Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Denda RM400 kerana pakai kostum pengebom nekad di Damansara untuk Halloween

Tindakan seorang perunding teknologi maklumat warga Yaman memakai kostum pengebom bunuh diri ketika menghadiri parti Halloween membawa padah apabila didenda maksimum RM400 (S$130) atau penjara empat hari jika gagal membayar denda itu oleh Mahkamah Majistret.

Anggaran Waktu Membaca:
Denda RM400 kerana pakai kostum pengebom nekad di Damansara untuk Halloween

Polis Malaysia memberkas lelaki yang berpakaian ala "pengebom nekad" bagi pesta Halloween. (Gambar: Polis Petaling Jaya)

Diterbitkan : 17 Nov 2017 04:46PM Dikemas Kini : 17 Nov 2017 04:48PM

PETALING JAYA: Tindakan seorang perunding teknologi maklumat warga Yaman memakai kostum pengebom bunuh diri ketika menghadiri parti Halloween membawa padah apabila didenda maksimum RM400 (S$130) atau penjara empat hari jika gagal membayar denda itu oleh Mahkamah Majistret.

Majistret Nurulhuda Zakariya menjatuhkan hukuman itu terhadap Amjad Jalal Ahmed Al-Dahan, 34 tahun, yang mengaku bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan dalam bahasa Inggeris oleh jurubahasa mahkamah.

Dia didakwa mencetuskan kecemasan orang awam dengan memakai kostum pengebom bunuh diri di tempat awam di sebuah kondominium di Damansara, pada 7.40 malam, 28 Oktober lalu.

Peguam Sri N. Saraswathy Devi memohon mahkamah mengenakan hukuman ringan dengan alasan anak guamnya direman seminggu dan memohon maaf atas perbuatannya.

Timbalan Pendakwa Raya Norazalina Razali memohon tertuduh dikenakan hukuman denda yang tinggi sebagai pengajaran kepada tertuduh dan orang awam kerana sukar untuk sesiapa membezakan antara lakonan dan realiti .

Sebelum ini media melaporkan, penduduk kondominium itu membuat laporan polis selepas melihat seorang lelaki berpakaian seperti pengebom bunuh diri ketika menaiki lif untuk menghadiri parti Halloween, bulan lalu.

Sumber : Bernama/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan