Images
  • aliff
    Petikan gambar dari video.

Datuk Aliff Syukri 'Terlajak Berang' apabila 4 pekerjanya lenyapkan wang RM100,000

MALAYSIA: Baru-baru ini jutawan kosmetik Malaysia Datuk Aliff Syukri memuat naik rakaman video di media sosial mendedahkan perbuatan yang beliau dakwa merupakan pengkhianatan para pembantu rumah beliau.

Kegiatan para pembantu rumahnya didedahkan menerusi beberapa rakaman Facebook Live (FB Live).

Dalam kes tersebut, seorang dibawa ke balai polis manakala tiga individu lain - dua pembantu dan seorang tukang kebun - dikatakan sudah melarikan diri bersama wang tunai sebanyak RM100,000 (S$32,360).

Menerusi rakaman video itu, Datuk Aliff dan isterinya dilihat menyoal seorang pembantu rumah yang didakwa mencuri wang tunai serta barangan berharga milik mereka.

Menurut "bibik tua" yang masih tinggal di rumah Datuk Aliff, para pembantu rumah dan tukang kebun itu semuanya bersekongkol dan menyonglap wang tunai milik jutawan itu, malah mengirimkannya ke kampung mereka.


Sebelum ini, menurut Datuk Aliff, pembantu rumahnya pernah didapati mencuri namun setelah mereka menangis dan memohon maaf, beliau memutuskan untuk memberikan peluang kedua kepada mereka.

"Apabila kes pembantu saya mencuri saya memang naik marah dan mereka merayu untuk tidak di hantar polis. Saya termakan rayu atas dasar belas kasihan sesama manusia.

"Tetapi bila mereka bertiga dan seorang lelaki, suami beliau sebagai tukang kebun pun turut berkerjasama untuk mencuri wang dan jam dan cincin saya bernilai RM100,000 saya sudah tidak percaya kepada bibik yang gaya bak malaikat dan saya tekad melaporkan kepada polis walaupun saya tidak sampai hati dan menyeru polis menangkap mereka supaya tidak ada lagi orang yang terkena nasib seperti saya.


"Telefon bimbit saya yang lama juga hilang anda boleh menghubungi nombor telefon pengurus saya (di profil FB) jika ada sebarang urusan penting," menurut Datuk Aliff menerusi salah satu rakaman FB Live yang dimuat naik olehnya.

"Bibik tua" berkenaan meskipun merayu-rayu memohon maaf, dibawa ke balai polis.

Memandangkan ini bukanlah kali pertama insiden sedemikian berlaku, walaupun diberi layanan seperti keluarga sendiri, Datuk Aliff dan isteri berasa sukar untuk mempercayai kata-kata pembantu rumah mereka lagi setelah dikhianati.

Datuk Aliff turut menambah beliau akan memberikan ganjaran RM5,000 (S$1,620) kepada sesiapa yang menyerahkan pembantu-pembantu rumah beliau yang sudah melarikan diri.

Kes tersebut masih lagi disiasat polis.Β 

Attention guys!! This is the special message..this is THE MOST WANTED PERSON in Malaysia and the world... If you guys can share and help me to catch this people I will give you guys special REWARDS .. This people stole my thousand Dollar watch, my beautiful rings and the most important things they took my Infiniti value of money.. Please, please help me.. !!! And please contact my manager 0103636494 for further details!!! Thank you for your kindness!!!! 😱😱 kerjasama dari anda yg repost kan gambar mereka ini amat saya hargaiπŸ™πŸ»πŸ™πŸ»πŸ™πŸ» jgn biarkan penjenayah berlegar dikawasan anda dan melakukan perkara yg samaπŸ™πŸ» no baru ni hp sy juga di curiπŸ™πŸ»πŸ™πŸ»

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on


- Agensi berita/nk

Komen Anda?

Top