Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Dalam 31 bulan, hampir 488,500 orang ditangkap mengedar dadah di M'sia

Polis Malaysia menahan seramai 488,491 orang yang disyaki terlibat dalam sindiket mengedar dadah dengan nilai rampasan keseluruhan dianggarkan RM548.19 juta (S$176.3 juta), sejak tahun 2015 sehingga Julai tahun ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Dalam 31 bulan, hampir 488,500 orang ditangkap mengedar dadah di M'sia

Gambar fail logo Polis Diraja Malaysia. (Gambar: AFP/Saeed Khan)

Diterbitkan : 13 Sep 2017 11:25PM Dikemas Kini : 13 Sep 2017 11:27PM

KUALA LUMPUR: Polis Malaysia menahan seramai 488,491 orang yang disyaki terlibat dalam sindiket mengedar dadah dengan nilai rampasan keseluruhan dianggarkan RM548.19 juta (S$176.3 juta), sejak tahun 2015 sehingga Julai tahun ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata daripada jumlah itu, sebanyak 468,879 merupakan warga tempatan dan 19,612 warga asing.

"Daripada jumlah itu juga, sebanyak 306,142 individu positif ujian air kencing," katanya pada sidang akhbar di Bukit Aman, di sini hari ini.

Beliau berkata pihaknya turut merampas dadah jenis sintetik iaitu pada tahun 2015 sebanyak 407,475 biji pil ecstasy, pil yaba (538,176 biji), pil eramin 5 (1.9 juta biji), syabu seberat 1,771.30 kilogram manakala untuk dadah jenis tradisional iaitu ketamin seberat 48.43 kilogram, heroin seberat 742.55 kilogram serta 52 batang pokok ganja.

"Rampasan dadah bagi tahun 2016 membabitkan sebanyak 183,133 biji pil ecstasy, pil yaba (895,499 biji), pil eramin 5 (1.8 juta biji), syabu seberat 2,298.51 kilogram, ketamin (641.01 kilogram), heroin (435.12 kilogram) serta 25 batang pokok ganja," katanya.

Bagi awal tahun sehingga Julai lepas pula, Datuk Seri Mohd Mokhtar berkata polis merampas sebanyak 804,653 biji pil yaba, pil ecstasy (112,231 biji), pil eramin 5 (2.6 juta biji) serta heroin seberat 299.45 kilogram dan 71 batang pokok ganja.

Beliau berkata pihaknya turut menyita harta keseluruhan kes berkenaan yang dianggar bernilai RM258.35 juta (S$83.1 juta) dan nilai harta yang dilucuthak keseluruhan kes RM29.31 juta (S$9.4 juta).

“Kejayaan ini merupakan perkongsian maklumat risikan melalui jaringan kerjasama yang erat dengan semua agensi penguat kuasa tempatan dan antarabangsa.

“Kerjasama berkenaan perlu diteruskan kerana ia mendatangkan impak yang besar kepada sindiket  penyeludupan dan pengedaran dadah yang cuba menjalankan aktiviti terlarang di negara ini,” kata Datuk Seri Mohd Mokhtar.

Sumber : Bernama/ur
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan