Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Coklat kurang gula Nestle tetap sama rasanya; berita baik bagi yang jaga badan

Berita baik bagi para penggemar coklat! Nestle mengumumkan bahawa ia berjaya menemui cara mengurangkan kandungan gula dalam coklat-coklat seperti Kit Kat dan Butterfinger tanpa menjejas nikmatnya.

Anggaran Waktu Membaca:
Coklat kurang gula Nestle tetap sama rasanya; berita baik bagi yang jaga badan

Coklat Kit Kat. (Gambar fail: AFP)

Diterbitkan : 02 Dec 2016 05:45PM Dikemas Kini : 02 Dec 2016 06:09PM

GENEVA: Berita baik bagi para penggemar coklat! Nestle mengumumkan bahawa ia berjaya menemui cara mengurangkan kandungan gula dalam coklat-coklat seperti Kit Kat dan Butterfinger tanpa menjejas nikmatnya.

Penemuan itu turut bermakna Nestle dapat mengurangkan kandungan gula sebanyak 40 peratus dalam produk gula-gula dan coklat syarikat itu.

Para pengkaji berhasil menemui cara untuk "menstrukturkan gula dengan cara yang berbeza" dan menurut Nestle, "meskipun kandungan gula dalam coklat dikurangkan, rasa coklat hampir serupa dengan nikmat yang dirasakan oleh lidah kita."

Nestle kini dalam proses mendaftarkan permohonan bagi paten penemuan itu.

Bermula tahun 2018, sejenis gula yang cepat larut akan digunakan dalam pelbagai produk gula-gula dan coklat Nestle.

Sumber : AFP/hz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan