Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Coklat 'Eyeglass With Candy' halal, tegas JAKIM

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menafikan coklat "Eyeglass With Candy" mengandungi bahan ramuan daripada sumber haram seperti yang tersebar di media sosial.

Anggaran Waktu Membaca:
Coklat 'Eyeglass With Candy' halal, tegas JAKIM

Coklat 'Eyeglass With Candy'. (Gambar: Petikan skrin dari Facebook)

Diterbitkan : 21 Mar 2017 08:47AM Dikemas Kini : 21 Mar 2017 08:57AM

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menafikan coklat "Eyeglass With Candy" mengandungi bahan ramuan daripada sumber haram seperti yang tersebar di media sosial.

Bahagian Hab Halal Jakim berkata coklat berbentuk bulat dengan pelbagai warna keluaran Goodfood Industries Sdn Bhd itu adalah pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) yang masih sah sehingga kini.

"Salah faham timbul apabila pengguna tidak memerhati dengan jelas label sebenar yang tertera 'free from pig's products and its derivatives' (bebas daripada produk babi dan asal usulnya)," katanya dalam kenyataan semalam (20 Mac).

(Gambar: Bahagian Hab Halal JAKIM)

(Gambar: Bahagian Hab Halal JAKIM/ Facebook)

Menurut kenyataan itu proses pengeluaran sijil berkenaan mengambil kira
setiap ramuan dan proses berkaitan pengeluaran sesuatu produk dengan teliti, oleh pakar syariah dan teknologi makanan.

Justeru, JAKIM menasihatkan orang ramai supaya menjadi pengguna bijak bagi mengelak menyebar dan menular sesuatu isu yang bersifat fitnah tanpa disedari.

Sumber : Bernama/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan