Images
  • cincin bearing
    Cincin 'bearing' yang terlekat pada kemaluan seorang lelaki berusia lingkungan 20-an yang berjaya dikeluarkan. (Gambar: BERNAMA)

'Cincin' tersangkut pada kemaluannya: 12 jam suami tanggung derita

GEORGE TOWN: Seorang lelaki menderita kesakitan selama lebih 12 jam apabila kemaluannya tersangkut alat 'bearing' seperti cincin yang dipakainya sejak malam semalam (18 Mac).

Pegawai Bomba Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak, Mohd
Asrul Naim Abidin berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada Hospital Pulau Pinang (HPP) berhubung kejadian itu kira-kira pukul 10.50 pagi tadi.

Beliau berkata sepasukan anggota bomba tiba di HPP lima minit kemudian dan mendapati mangsa yang berusia lingkungan 20-an berada dalam keadaan separuh sedar.

"Selepas kami menerima panggilan khidmat khas untuk membantu memotong cincin (bearing) di kemaluan mangsa, kami bergegas ke hospital untuk memberi bantuan segera.

"Difahamkan sebelum pihak bomba dihubungi, ada jabatan lain yang cuba memotong cincin pada kemaluan mangsa tetapi gagal," katanya.

Mohd Asrul Naim berkata bomba mengambil masa kira-kira 10 minit untuk memotong 'bearing' itu sebelum ia berjaya ditanggalkan daripada kemaluan mangsa.

Beliau berkata difahamkan mangsa memakai 'bearing' itu sejak pukul 8.00 malam semalam dan dipercayai ia dipakai ketika lelaki berkenaan hendak mengadakan hubungan seks dengan isterinya.

"Kami menggunakan alat khas yang dicipta sendiri oleh Balai Bomba Jalan Perak untuk memotong cincin itu," katanya.

Beliau berkata mangsa menggunakan cincin berkenaan yang merupakan 'bearing' yang biasanya dipasang di kolam renang.

- BERNAMA/im

Komen Anda?

Top
>