Images
  • taiwan
    Gambar fail Taiwan. (Gambar: SAM YEH / AFP)

China, Taiwan siap sedia hadapi Taufan Talim; hampir sejuta penduduk dipindahkan

CHINA: Bahagian tenggara China dan Taiwan sedang bersiap sedia untuk menghadapi taufan Talim.

Ia dikatakan seganas taufan Irma.

Taufan Talim dijangka melanda Taiwan tengah hari esok (13 Sep).

China sedang memindahkan hampir sejuta penduduknya sebagai langkah persediaan.

Biro kaji cuaca memberi amaran pulau itu akan mengalami hujan lebat dan angin kencang.

Taufan Talim diramal menyerang beberapa bandar di sepanjang pantai Fujian, termasuk Fuzhou dan Ningde lewat minggu ini.  

- BERITAMediacorp/NU/ru

Komen Anda?

Top