Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

China sanggup jadi orang tengah antara Myanmar dan Bangladesh berhubung Rohingya

China pada Selasa (25 Apr) menawarkan bantuan bagi menghuraikan pertikaian diplomatik antara Bangladesh dan Myanmar berhubung kaum minoriti Rohingya, menurut dua pegawai Kementerian Luar Bangladesh.

Anggaran Waktu Membaca:
China sanggup jadi orang tengah antara Myanmar dan Bangladesh berhubung Rohingya

Penduduk berjalan di kawasan perkampungan Rohingya. (Gambar: REUTERS/Soe Zeya Tun/File Photo)

Diterbitkan : 26 Apr 2017 05:12PM Dikemas Kini : 26 Apr 2017 05:16PM

DHAKA: China pada Selasa (25 Apr) menawarkan bantuan bagi menghuraikan pertikaian diplomatik antara Bangladesh dan Myanmar berhubung kaum minoriti Rohingya, menurut dua pegawai Kementerian Luar Bangladesh.

Sejak Oktober lalu, sekitar 69,000 orang Rohingya melarikan diri ke Bangladesh akibat keganasan di Myanmar yang majoriti penduduknya adalah penganut Buddha.

Ini menjejas hubungan antara kedua-dua negara yang sama-sama tidak mahu bertanggungjawab atas kaum minoriti itu.

Utusan khas China, Sun Guoxiang, yang melakukan lawatan empat hari ke Bangladesh menggesa Dhaka supaya menghuraikan pertikaian dengan Myanmar.

Beijing juga bersedia membantu dalam perkara itu, kata pegawai Kementerian Luar China di Dhaka kepada Reuters.

Sun mengusulkan saranan itu semasa bertemu dengan Setiausaha Luar Bangladesh Shahidul Haque, kata pegawai itu.

Beliau bagaimanapun tidak mahu identitinya didedahkan kerana tidak dibenarkan untuk bercakap dengan pihak media.

China menjalin hubungan yang erat dengan kedua-dua Myanmar dan Bangladesh, dengan China turut membantu membangunkan infrastruktur di kedua-dua negara.

Hubungan China dengan Myanmar pulih semula sejak Presiden Myanmar Htin Kyaw memeterai perjanjian saluran paip dengan China setelah hampir 10 tahun mengadakan rundingan dengan negara itu. 

Sumber : Reuters/ns
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan