China lancarkan kapal induk pesawat buatan sendiri yang pertama
China melancarkan kapal induk pesawat buatan sendiri yang pertama pagi tadi (26 Apr).
CHINA: China melancarkan kapal induk pesawat buatan sendiri yang pertama pagi tadi (26 Apr).
Kapal seberat 50,000 tan ini dilancarkan dari sebuah limbungan di bandar pelabuhan Dalian, utara China.
Ia akan digunakan dengan rasminya sebelum 2020, selepas selesainya ujian-ujian di laut dan kelengkapan pesawat udaranya.
Ini merupakan kapal induk kedua yang dilancarkan China.
Yang pertama - Liaoning, telah diubah suai daripada kapal induk buatan Soviet.
Kapal terbaru belum dinamakan tetapi ia lebih besar daripada Liaoning dan boleh menampung pesawat Stealth.
Para pengamat mengatakan pelancaran kapal induk terbaru menandakan sistem pertahanan China yang semakin canggih sedang ia berusaha meluaskan pengaruhnya di rantau Asia-Pasifik.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.