Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

China beri amaran, keadaan 'merbahaya' selepas Korea Utara ancam uji bom hidrogen

China memberi amaran keadaan di Semenanjung Korea adalah merbahaya dan menggesa semua pihak supaya mengekang tindakan yang boleh mencetuskan provokasi ke atas satu sama lain.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 22 Sep 2017 05:41PM Dikemas Kini : 22 Sep 2017 09:50PM

NEW YORK: China memberi amaran keadaan di Semenanjung Korea adalah merbahaya dan menggesa semua pihak supaya mengekang tindakan yang boleh mencetuskan provokasi ke atas satu sama lain.

Amaran itu menyusuli ancaman terbaru Korea Utara untuk melakukan ujian bom hidrogen di Lautan Pasifik.

Bercakap di luar Sidang Perhimpunan Agung PBB, Menteri Luar Korea Utara Ri Yong Ho mendedahkan rancangan tindak balas Pyongyang itu terhadap ugutan Presiden Donald Trump untuk menghancurkan Koea Utara.

Menurutnya, Pyongyang akan menjalankan ujian bom hidrogen yang paling kuat.

Sebelum itu pemimpin Korea Utara Kim Jung-un berkata beliau "sedang menimbangkan tindak balas tahap tertinggi dalam sejarah" ke atas Amerika.

Memberikan responsnya terhadap ancaman terbaru Pyongyang itu Setiausaha Negara Amerika Rex Tillerson memberi amaran, pembangunan senjata nuklear tidak akan menjamin keselamatan bagi Korea Utara.

Beliau menggesa masyarakat antarabangsa supaya menghentikan penularan senjata nuklear.

Menteri Pertahanan Jepun akur Korea Utara besar kemungkinan menjalankan ujian bom hidrogen menyusuli program peluru berpandu dan nuklear pesat yang dijalankannya.

Beliau tidak menolak, Jepun turut menjadi sasaran jika ujian itu dilakukan di Laut Pasifik menggunakan peluru berpandu balistik antara benua.  

Sumber : CNA/MM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan