Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

China beri amaran askar India mesti berundur atau hadapi serangan

Ketegangan baru kini muncul di sempadan China-India, apabila seorang mantan diplomat China memberi amaran, askar-askar India mesti berundur dari wilayah Sikkim atau menghadapi serangan, bahkan ditangkap, jika pertikaian antara kedua-dua negara bertambah buruk.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 20 Jul 2017 08:32PM Dikemas Kini : 20 Jul 2017 08:40PM

CHINA: Ketegangan baru kini muncul di sempadan China-India, apabila seorang mantan diplomat China memberi amaran, askar-askar India mesti berundur dari wilayah Sikkim atau menghadapi serangan, bahkan ditangkap, jika pertikaian antara kedua-dua negara bertambah buruk.

Amaran itu dikeluarkan sedang sebuah akhbar tentera China melaporkan Beijing menggerakkan "beribu-ribu tan peralatan tentera" ke Tibet.

Pertikaian di Sikkim-Doklam itu meletus lebih sebulan lalu selepas China membina sebatang jalan raya dekat kawasan strategik yang penting bagi India itu.

Kawasan koridor 20 kilometer itu menghubungkan wilayah-wilayah timur laut India.

Sekutu India, Bhutan mengatakan pembinaan jalan raya China itu melanggar perjanjian antara kedua-dua negara.

Tentera China juga menjalankan latihan tentera dengan peluru betul di Tibet baru-baru ini.

Latihan itu dijalankan di Dataran Tinggi Qinghai-Tibet, yang terletak tidak jauh dari kawasan yang dipertikaikan.

China dan India menuduh satu sama lain mencabuli wilayah masing-masing.

Pakar-pakar tentera India mengatakan wilayah Sikkim penting bagi India kerana dari situlah ia boleh melakukan tindak balas segera terhadap sebarang pencabulan wilayah oleh China.

Sumber : Agensi berita/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan