Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

China bakal haramkan eksport minyak ke Korea Utara, larang import produk tekstil

China sedang mengambil langkah-langkah untuk mematuhi ketetapan Majlis Keselamatan PBB bagi menangani krisis dengan Korea Utara.

Anggaran Waktu Membaca:
China bakal haramkan eksport minyak ke Korea Utara, larang import produk tekstil

Sebahagian besar minyak Korea Utara dijangka datang dari China. (Gambar: AFP/LAURENT FIEVET)

Diterbitkan : 23 Sep 2017 03:24PM Dikemas Kini : 23 Sep 2017 03:28PM

BEIJING: China sedang mengambil langkah-langkah untuk mematuhi ketetapan Majlis Keselamatan PBB bagi menangani krisis dengan Korea Utara.

China akan mengharamkan produk-produk tekstil dari Korea Utara mulai hari ini (23 Sep).

Mulai 1 Oktober ini, Beijing juga akan mengharamkan eksport produk minyak ke Korea Utara.

Minggu lalu, Majlis Keselamatan PBB mengundi untuk mengenakan sekatan-sekatan baru ke atas Korea Utara.

Pada Jumaat lalu, Presiden Donald Trump mengarahkan pusingan baru sekatan bagi menyekat dana ke Pyongyang.

Sumber : CNA/MM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan