Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Chee Hong Tat: Jangan terjejas oleh taktik burukkan hubungan S'pura-China

Singapura tidak boleh memandang ringan hubungan erat yang dibina dengan China dan harus sentiasa berusaha untuk mempertingkat kerjasama dua hala dengan negara itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Chee Hong Tat: Jangan terjejas oleh taktik burukkan hubungan S'pura-China

Menteri Negara Kanan, Kementerian Perhubungan dan Penerangan Chee Hong Tat. (Gambar: Melissa Zhu)

Diterbitkan : 27 May 2017 08:43AM Dikemas Kini : 27 May 2017 02:24PM

SINGAPURA: Singapura tidak boleh memandang ringan hubungan erat yang dibina dengan China dan harus sentiasa berusaha untuk mempertingkat kerjasama dua hala dengan negara itu.

Perkara itu ditekankan Menteri Negara Kanan, Perhubungan dan Penerangan Chee Hong Tat di majlis pelancaran Program Lanjutan Pemimpin Masa Hadapan China, semalam (26 Mei).

Encik Chee menjawab beberapa keprihatinan berhubung laporan-laporan media tentang hubungan Singapura dengan China.

Sesetengah laporan media menarik perhatian mengenai ketiadaan Perdana Menteri Lee Hsien Loong di Forum “Belt and Road”, di Beijing, minggu lepas. Sebaliknya, Singapura diwakili oleh Menteri Pembangunan Negara merangkap Menteri Kedua Kewangan Lawrence Wong.

Menurut Encik Chee, sesetengah pihak menanyakan sekiranya Singapura perlu bekerjasama dengan lebih rapat lagi dengan China.

“Beberapa pihak turut menyarankan bahawa dengan berbuat demikian, China tidak akan membuat pelaburan dalam negara-negara jiran untuk bersaing dengan Singapura.

“Ini merupakan satu kesimpulan yang terlalu mudah dan tidak tepat,” kata Encik Chee. Menurut beliau, China sedang melabur dalam rantau ini dan juga di rantau lain bagi mempertingkat ketersambungan dan keselamatan tenaganya dan segala keputusannya dipandu oleh kepentingan nasionalnya.

Singapura menikmati kerjasama yang kukuh dengan China dan ia “menjadi kepentingan kita dan juga rantau ini supaya China berjaya,” kata beliau.

“Kita percaya bahawa kejayaan China adalah baik buat rantau ini dan ini sudah menjadi pendirian kita sejak sekian lama."

Merujuk kepada pihak-pihak yang cuba memburukkan lagi berita negatif tentang hubungan Singapura-China, Encik Chee berkata: “Kita tidak harus terjejas dengan taktik-taktik sedemikian dan sebaliknya harus fokus kepada usaha mengukuhkan lagi hubungan dua hala dengan China di pelbagai peringkat dan wilayah-wilayahnya, antara para pemimpin pemerintah, perniagaan dan rakyat negara masing-masing.”

Beliau menekankan sokongan Singapura bagi inisiatif “Belt and Road” China, sambil berkata bahawa ia berpotensi menyediakan banyak peluang untuk negara-negara di rantau ini dan membuka peluang kerjasama yang membolehkan semua pihak maju dan berkembang sama.

Sumber : CNA/hs
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan