Images
  • budak decit
    Budak lelaki yang tertelan wisel mainan. (Gambar: Santiago Gomez Zuviría/Facebook)

Cemas tapi melucukan: Mainan ditelan budak ini terus berbunyi ala trompet

ARGENTINA: Ini insiden yang mencemaskan tapi lucu. Kesian. Tapi anda juga mungkin tersenyum simpul atau ketawa.

Manakan tidak, apabila budak lelaki yang berasal dari Tucuman Argentina ini membuka mulut, bukan suaranya yang kedengaran. Sebaliknya, dia mengeluarkan bunyi seperti trompet mainan atau itik mainan!


Ia menunjukkan seorang budak berusia lapan tahun yang tidak diketahui namanya, membuka mulut dan berbunyi trompet.

"Wisel itu tersangkut antara 'larynx' dengan 'pharynx'," Dr Zuviria memberitahu HuffPost menerusi kiriman emel.

Menggunakan anestesia, Dr Zuviria berjaya mengeluarkan wisel tersebut dari kerongkong budak lelaki itu.

"Ibunya yang lebih cemas berbanding budak itu sendiri," kata Dr Zuviria. "Ia insiden yang tragik tapi lucu. Saya tidak pernah melihat atau mendengar kes seperti ini sepanjang hidup saya."

Budak lelaki itu sudahpun pulih, namun Dr Zuviria memuat naik video tersebut ke laman Facebooknya pada minggu lalu untuk memberi peringatan kepada orang ramai mengenai bahaya menelan barang (yang tidak sepatutnya ditelan), lapor HuffPost.

- Agensi berita/NK/nk

Komen Anda?

Top